Monday, October 31, 2011

Saya nak pensel warna itu...!

Salam,

Alhamdulillah alhamdulillah akhirnya dah habis jugak bala untuk minggu ni. Hari ni bangun adalah lambat. Bertolak ke kelas dalam pukul 8.20 pagi. Serius tak tipu. Dan kelas aku pukul 8.00 pagi. Ada aku gelabah? Of course TAK!!!

Okeh sikit je.

Instead, aku jalan slow-slow, sambil tengok jam. Selagi tak pukul 8.30 lagi tuh aku lambatkan kaki aku berjalan. Tahu lewat, tapi kalaunak menggelabah pun, bukan semakin awal pun waktu tuh. Better aku rileks. Penat seharian belum lagi aku betul betul rasa. Demi Microbiology, aku tidur pukul 5 pagi. Penat main badminton pun tak habis lagi. Dah la kalah dengan Alan tipis tipis (yowww ada peningkatan yowww tak pegi training 3 minggu yowww awesomeee yoww!!!) 21-19 dan 21-15. Tapi memang semput la main budak wakil negeri ni walaupun ayam-ayam. -.-" And plus pulak, cikgu subjek Therapy aku jenis baik, and selalu datang kelas lambat, so, memang kali ni aku urm urm terpaksa (?) ambil kesempatan la memandangkan berjuta maklumat yang aku baca dalam Microbes memang menjahanamkan otak aku. And, sesampai je kat kelas, cikgu tanya "ni kamu semua awat ni, nampak teghok beno saya tengok ni, ada main apa bola ka apa ni?". Aku dengan mata 'stim' pun menjawab "tak dok aih, kami ada concluding la hari ni cikgu. Po microbiology" dengan muka :|  Harapan aku dia paham la 'please lepas ktorang awal please!!!'. Hehe.

Taktik berjayaaaa $&$^%$&$#^%#!!  *suka suka*

Hari ni aku adalah sangat stress. Otak memang tak berjalan. Like totally freeze. Entah apa masuk, entah apa keluar. Mulut ni ha memang caca merba la cakap itu ini. Serious, walaupun aku tahu pengambilan kafein memang will take its toll on me soon enough, but, the fact that I haven't finish reading all the materials really like pain in the ass. I-MUST-FINISH-THIS!!!. So jadilah kisah student terlampau, study sampai lima pagi *gila*. Ada pengalaman dah buat macam ni. And outcome dia memang teruk sebab otak aku tak fresh and tak berjalan. So, in the end, memang fail. Kali ni? Fail konfem fail. KONFEM. If dapat tiga pun aku melutut sujud syukur dah. :D Sorry that I didn't give my best shot, but really time is really against me.

tatkala stress


Itu baru satu.

Yang ini agak kontroversi. Election untuk MSA nanti, aku dikhabarkan, aku dicalonkan untuk dua biro: Biro Multimedia and Biro Akademik. Bukan tak mahu berkhidmat, mahu, tapi kekangan waktu ketika third year ni tidak meninggalkan aku sedikit ruang pun untuk bernafas. Balik balik meja ini lah yang aku tatap, pen ini lah yang aku tatap. Setiap malam. Sampai pukul 1, mungkin sampai pukul 3. Sadis kan third year? Macam exam setiap hari T.T. So, kalau nak berkhidmat, terpaksalah tolak. Lagipun, aku sebenarnya sudah penat dengan karenah orang dekat sini. Macam-macam. Tak menjurus kepada semua. Ada kalanya niat kita ini baik. Nak tolong. Dikutuknya kita. Kes simple, adalah kes baju. Aku jadi sebak, benak, trauma mental bila aku sendiri dipijak hina orang dari batch aku sendiri. Apa kes? Tawar hati. Jengkel.

Ada faktor penolak, and ada faktor penarik. Nampak kan?

Saya nak warna boleh tak?

Manusia tetap manusia. Aku pun manusia. Aku tidak sempurna *ayat tipikal*. Tapi, yang penting, bila kita silap, kita mengaku silapnya kita, dan kita tidak pernah merasakan kita ini lebih terbaik dari orang lain. Ada orang, hebohnya dia sahaja betul. Memang. Falsafahnya, pengetahuannya. Amalnya? Siapa aku nak persoalkan soal amal dia, bukan? Tidak. Apa aku nak ketengahkan, simple, kau kalau ada benda nak dikongsi, tapi bila kau sembunyikan benda tuh atas dasar kepentingan diri sendiri, ini apa kes ni? Kenapa kau nak bising-bising kat orang soal amal akidah orang dulu? Benda kecil pun kau tak boleh nak buat, apa ni? Kongsi-kongsi la ilmu tuh ye, jangan simpan kau sorang-sorang, kalau kawan sendiri pun kau nak kedekut.  Manusia tetap tidak sempurna. Karma. 

Aku pun tak sempurna. Maaf. Aku cuba menyempurnakan. 

 
Hadiah dari India Josephine kasi earlier this semester. Thanks Joe. :)
Hidup kita indah kalau dipenuhi gelak ketawa benar? Lebih daripada tangisan, lebih daripada kemurungan, lebih daripada kesedihan merintih. Kalau boleh aku nak hidup immortally macam tuh. Hidup sekarang pun banyak kesedihan. Murung. Sedih merintih apa lah nasib hidup ini. Tapi, mungkin kita sedar. Sedihnya kita bukan tempatnya. Kita tidak sedih pada Nabi yang hilang. Kita tidak sedih bila hukum Allah diperkotak-katikkan dalam tanah sendiri. *Global thinking tiba tiba*

Alangkah indahnya, kalau dunia ni kita sedih pada Illahi, tawa kita pada amannya dunia ini. Tapi memang tak akan terjadi, hinggalah ke Kiamat. 







Happy:) Pian cakap tulisan cina tuh membawa masuk "memberi tuah". Tuah la sangat kan. -.-"
Kita banyak memikirkan perihal masalah. Gimana sih? Kok aku bisa beresin semua ini? Kapan lagi mahu habis ini semua? *Indon yow!* Acap kali kita didatangai masalah. Termasuklah ujian-kelas-kena-buat-nota-nak-check-nota-lecture-sakit-gigi-makanan-taksedap-duit-takcukup-marakedekutdui *sigh*. Termasuklah bila didatangi orang ketiga dalam hidup ke *ehem*. Kita marah, kita geram. Kesannya? Tak ada. Aku lebih mementingkan escapism. Kalau ada orang ketiga, aku rela memilih menjadikan aku orang ketiga untuk keluar supaya mereka menjadi 'dua'. Yes I'm a quitter. Tapi, aku rela tengok manusia aman, dari manusia bertelagah. Tapi, untuk orang lain, aku sentiasa menyokong, supaya mereka fight for their right. ftw yow! Haha cakap macam aku ada orang ketiga. orang ke-1.5 pun aku takdak #foreveralone.

Nah dengar lagu ini, Salam and have a good day ahead of you guys!


P.s: bila lah rambut aku nak panjang macam orang yang main gitar tuh. Orang cakap rambut aku serabut. Alan cakap rambut aku macam makcik tramvai =.="""""""""""""""""". Seriously, aku teringin berambut panjang, watever it takes, even if exam aku terpaksa dapat 2 punnnnnnnnnnnnnnnnnnn *serious*

p.p.s: rambut bieber is in the list :O

Free Fall

Salam,Minggu terteruk. Teruk kena baham. Teruk markah. Teruk semuanya. Semua jadi serba serbi tidak menjadi. Bukan soal pelik atau tak. Biasalah. Sama ada anda pernah mengalaminya atau tak. Bagi aku, perkara ni memang konfem akan terjadi, dan pasti terjadi. Semua benda buat serba tidak menjadi. Sakit hati pun ada. Tapi nak cakap apa. Aku lebih mementingkan escapism. Itulah alternatif aku. Aku menyindirkan diri. Tidak pergi lecture. Tidak pergi AGM. Tidak pergi mana-mana pun, sebab aku perlukan masa aku sendiri. Masa keseorangan. Untuk membuat apa yang aku ingin buat.
Mungkin ini kos bayaran tunggakan setelah hampir 2 bulan berhempas pulas dengan buku Pathology, Pharmacology, Microbiology, dan sebagainya. Aku paksa badan aku study. Tak rela. Tapi study jugak. Study study study sampai stress. Sampai ke satu tahap, tak pernah pernah aku buat twitter, aku dah buat akaun Twitter. Maklumlah, terlampau stress. *alasan*. Tapi mujurlah lega sikit minggu depan ada cuti 3 hari. Tuh pun dah cukup Alhamdulillah la. So skip kelas surgery, skip kelas pharmacology.
Sudah sudah lah cerita pasal study. Esok aku ada tournament badminton peringkat negeri. Tak harap nak memang. Instead kalau la kalah lagi bagus. Balik awal tido study or buat la apa patut.
Manusia macam aku lebih memilih escapism. Dalam kesemua masalah. Di mana aku akan keluar dari masalah itu, dengan harapan masalah itu akan kurang sedikit. Masalah sungguhpun menuntut masa yang singkat untuk diselesaikan, adakalanya, masa itu juga lah pengubatnya. Ada pendapat orang cakap 'face it!'. Memang. Kalau nak face it pun, kita haruslah ada akal, fikiran, daya, dan paling penting ketenangan. Keputusan yang dicari haruslah rasional. So, inilah yang aku cuba buat. Aku keluar. Bukan melupakan segalanya. Cuma keluar. Rehatkan minda, layan nafsu malas ini. Nanti kita fokus balik. Bila 'nanti'nya tu? Minggu depan la. Otak aku ada limit. Kalau terlampaum pushy satu satu situation tuh, aku boleh dapat migrain. And seriously migrain aku buian setakat sakit kepala. Aku akan jadi photophobia dengan akinesia.
Masalah datang dan pergi. Kita memberi reaksi. Macam inflammatory reaction. Ia datang dan ia pergi. Namun kesannya adakalanya intesiti terlampau tinggi, tapi sekejap, ada juga yang slow slow, tapi durasinya lama. Mana mana tentunya tetap sebuah penyeksaan.
Algorithm perempuan. Sebuah ritma paling aku tak paham dalam dunia ni. Ada orang cakap aku mysogynist, walaupun selepas aku google baru aku tahu. Tak semestinya mysogynist. Aku takdalah phobia sampai ke tahap tuh lagi. -.-".

okeh takda mood nak post. babai. 

Saturday, October 22, 2011

Cita-cita

Salam,

Berkemungkinan malam ni dengan kaki yang penuh sakit, kepala dan tangan terasa nak bergerak. Tiba-tiba rasa tak biasa pulak tak buat assignment berjuta nak kena prepare by next week. Everyone deserves a break. Apparently, kalau break sekali memang sakit kepala den. Lecturer ganas. Tak stress, serious tak stress.

Tadi, time jalan-jalan lepas main bola dekat Ploshad Lenin dengan abang-abang 6th year (Abang Anuar, Ezu, Yadie, dan Pok We), aku mula rasa something pelik. Sangat tiba-tiba, aku terkenang saat aku kena hempuk kepala dengan tangan (and aku menangis like a girl, bukan sebab sakit, tapi sebab aku tak suka orang sentuh kepala aku, takut bodoh, walaupun time tuh memang bodoh). Teringat dulu betapa kecik-kecik kita senang terinfluence dengan sesuatu yang nampak heroic, dahsyat dan cool. Time darjah 2, aku teringin sangat nak jadi tentera. Tentera Udara TUDM. Walaupun time tu, aku Kenal sangat apa itu engineer, apa itu doktor. Apasan aku tak pilih cita-cita tuh sebab, aku.tak.suka.jadi.tipikal. Lagipun, jet memang nampak cool. Keretapi KTM lalu depan kampung aku pun aku rasa kagum, hampir tiap-tiap hari kami ke rel keretapi dulu nak lambai dekat driver keretapi dulu. Bula driver keretapi lambai dekat kitorang, it was like, he really made my day :)

Itu dulu. Time 5-6 tahun. Sampai aku masuk darjah lima. Aku mula tak paham apa aku nak jadi. All that I know that time, just nak masuk SBP. Or MRSM LANGKAWI. Tapi bila aku Form 3, aku bercita cita nak jadi nautical engineer. Seronok naik kapal, sebab duit dia memang masyuk. Aku memang pikir duit. Or maybe aku nak jadi architect. Architect sebenqrnya aku nak jadi dari zaman sekolah rendah cuma, memang macam secondary priority aku la. Sebab bila abah exposed us to a 3D program of architecture planning, and really, I was really into it. Siap dah buat plan dreamhouse. Of course la dreamhouse taraf dato', nak expect apa lagi. Tapi disebabkan aku pikir duit masyuk dan nak ADA LIFE, so aku really determine nak jadi geologist. Walaupun aku tak paham apa kejadahnya geologist tuh. Aku tau kaji pasal batu. Entah apa ada la dengan batu tu. At that time, aku memang anti-medic. Aku benci semua pasal medic, student yang nak jadi doctor, anesthesiologist la, bla bla. The point is aku benci.

Sebab? Diorang nerd takda life takda social life takda semua laaaa. Macam freaking loser la. See, somehow, Allah chosen me, to be in this path, once that I thought the most jijikest field. I am a doctor to be. Tapi kepala aku masih engineering. Tapi aku apply engineering dalam medic. How? Macam macam la. I'm studying medicine like engineering. Formula, facts, calculation (yes I do). Somehow I think I am weirdo compared to others, here. The fact that people said that I am so hardworking, rajin and stuffs, are not fully that what I gave, like not-that-all-out.

Cita-cita kita mungkin berubah, cita-cita Allah tidak. Allah cakap, nasib sesuatu ummat tidak akan berubah, kalau dia sendiri tidak mengubahnya. Frasa common macam Allah tahu apa yang terbaik untuk kita, bukanlah sekadar frasa ringan kecik yang boleh ditutur. Berat maksud dia, berat amali dia.

Hari ni aku nak tunjuk rumah aku. Ini adalah selepas few research pasal home decor and architecture designs dalam apps aku. Aku punya dreamhouse bukanlah jenis petak petak. Circular.





















Aku malas nak rotate picture sebab aku type guna iPad. So susah waduh.

P.s: rumah besar tak menjamin kebahagiaan. Mahupun keselesaan. Aku suka rumah ni sebagai satu kepuasan. Tak hingin sangat pun nak stay. Ustaz aku pernah cakap, rumah lagi besar lagi miskin, lagi tak selamat. Kes selamat tak selamat tuh aku paham la like attractant untuk robbery, so yeah. Part miskin, aku agak pending bila ustaz cakap. Rupanya, bila raya, rumah ni la akan jadi sasaran bebudak. Rumah besar kena kasi duit besar, sebab rumah kecik pun bagi seringgit, apatah lagi rumah besar.

Salam.

Piau (kucing penulis) kirim salam

Location:ул. Чапаева,Volgograd,Russia

Habes concluding session Pharmacology

 Cikgu aku pian panggil dia 'The Nanny'. Mungkin sebab cikgu aku cakap macam watak utama dalam siri kegemaran 'The Nanny' Pian tuh. Tapi, senior senior panggil dia ni, Julia Robert. Muka dia tang mana lekat Julia Robert pun aku tak tau. Tapi, rambut dia *selepas Google* ada la sikit sikit macam Julia Robert. Nama cikgu aku Alitsii (Alicia versi Malaysia la). Orang cakap dia malas. Aku rasa dia malas jugak. Tapi setakat ni dia mengajar je. Apa apa pun aku rasa tak stress study Pharmacology. Yang penting belajar.

Lol macam mengumpat cikgu pulak aku letak video dia dalam ni. Aku boleh vlogging la macam ni. Aku vlogging kan orang. Heh.

Kan aku cakap aku ada buat few photographing kan minggu lepas. It was my luck jugak la dapat tengok macam macam scenery, tengok budaya orang, suka tengok family bahagia, tengok orang-orang tua jalan-jalan laki perempuan pegang tangan (tua tua pun romantik yop), tengok budak budak main chak-chak tepi depan belakang atas pokok, tengok burung merpati yang agak jinak, yang paling penting nak release stress satu minggu time tuh *stress Pathophysiology*. Tapi hari ni dah habis stress pharmacology, and tunggulah lagi seminggi, mai pulak stress Microbiology.

Stress.

Stress jugak kena pergi sembahyang Jumaat jauh-jauh, ingatkan nak rehat dekat rumah setelah satu minggu belajar macam orang gila. Stress jugak. Stress. Tapi, Allah cakap, sembahyang (kalau ikhlas) boleh hlangkan stress, malah, penghilang stress yang terbaik. Aku ikhlas ke? Ikhlas, insya-Allah *beli hotdog banyak banyak dekat masjid. serius ikhlas (?)*. Sebab stress malam malam, aku jadi stress, sebab tak dapat tido lena. So aku dengarlah siaran IKIM. Suka suka. Pagi pagi bangun je, boleh dengar ceramah ustazah ustaz, macam macam la. Insaf sekejap. Lagi satu advantage dengar ceramah sebelum tidur pun, is that, macam kita semua (?) pernah buat la time sekolah. Cuba ustaz bagi tazkirah, semua pun sibuklah taZZZZZZkir-blah. Ehehehe. So ceramah adalah bed time story. Seriously ada input jugak, bukan telinga kiri, keluar telinga kanan.

So bila kita stress, most of the time kita stress sebab masalah. Kita banyak fikir tentang masalah yang menyebabkan kita stress. Ini yang aku stress. Prof, ada menyebut sekali, yang manusia normanya akan memikirkan masalah 90%, yang pada akhirnya berkitar macam turbulent, keluar masuk keluar masuk, takdak penyelesaian. 10% lagi pada penyelesaian. Cara nak handle? Kebanyakan masalah kita sedikit. Kita tak pernah list down masalah kita. Ce list down tengok. Katalah hari ni aku stress. Aku stress sebab aku letih belajar macam macam and tak cukup tidor. So, etiology stress aku, primary link dia is sebab aku tak cukup masa. Pathogenesis dia, benda ni mula menganggu aku punya Circadian cycle.

Kan stress tadi punya banyak, bila list tinggal satu je. Sekarang diagnosis dah dapat. Treatment? Senang! Buat la benda awal awal. Kurangkan main game tengok Grey's anatomy berhenti berangan kawen dengan Dr. Grey, kurangkan semua (bukan berhenti, nanti lagi aku stress).

Itu je kot. Selamat handle stress anda. Kalau saya ada input dari IKIM lagi saya kasi tau la macha. Okeh salam.

Azan Masjid Lingoranskaya. Dalam video (orang Russki, geng geng '-stan', Amir Rusli, Elias Adam, Suffian Sukor)

Friday, October 14, 2011

Nafas

Salam,

Today I wasn't that busy. Maybe because today's subject was only Surgery. My great lecturer wasn't around, he went to Moscow, receiving his 'professor' title in Cardiovascular and Angiology field. Glad that he is in the same field as where I always want to be in. I can learn from him, but I myself couldn't imagine that, can I be like him? :/

This is low-esteem disorder. It's severe and chronic.

Anyway, I just can't wait for tomorrow. Photoshooooooooooooottttt!!! But the thing I hate the most about photoshoot is that when someone wants me to take pictures of him. Man, it sucks. You know, there's different things between nature and human. Different, totally different. Okay, actually I was so blur right now, I don't even know what I wanted to write last night. I was thinking of many thing last night, like a lot to write in here. But, poof today everything like gone soon as I took a glance on my keyboard. -.-"

Mengenai inai, aku dah jumpa dah apa yang aku nak. Bukan apa, sebelum ni cari-cari dekat, yang keluarnya hukum pasal inai dekat perempuan. SO, ini adalah rujukan yang aku jumpa, which, aku rasa ada logiknya juga.


"Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak. Muzakarah telah memutuskan bahawa:


- Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.
- Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan.


Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.


-Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan." 

So, kesimpulannya, tak jatuh hukum haram, atau jatuh hukum makruh bagi pemakaian inai bagi lelaki. Kadang-kadang benda benda macam ni boleh jatuh akidah jugak, so kenalah buat research. Aku tak kisah apa orang nak cakap, sebab aku memang suka buat benda pelik-pelik, but aku risau jugak kalau Tuhan kesah. Lagipun corak yang aku buat tak adalah obvious menyerupai rupa manusia, atau apa-apa binatang. Cuma floral. And, aku lukis sendiri ye inai atas tangan aku. Penat aku lukis sendiri, dia cakap aku beli template, dia cakap ada orang buatkan untuk aku. Aku ni takde seni sangat ke haaaaaaaaaaahhhh??!!

Bila aku pakai inaikan, ada jugalah orang cuba mempertikaikan. Bukan apa, nanti jatuh hukum haram, sebab apa? Menyerupai perempuan! Aku sebenarnya dari dulu lagi tak boleh terima pendapat menyerupai perempuan, selagi mana fizikalnya tidak meyerupai perempuan. Pakai gelang nampak macam perempuan? Bagaimana pula kalau perempuan memakai seluar jeans, atau seluar (in general)? Ada orang kata itu menyerupai lelaki? Tak kaaannn???!!! Sebab, isu macam perempuan, macam lelaki, datangnya dari mentaliti sendiri. Aku tak pakai baju kurung, aku tak pakai tudung, yang mana, zahirnya, memang itu adalah menyerupai perempuan sampai ke suatu tahap kekeliruan jantina.

Apakah aku terlampau liberal, atau mereka sendiri menyempitkan keadaan? Persoalan. Realiti yang aku nampak (selaku lelaki), aku nampak hak lelaki semakin sempit, sebaliknya, hak perempuan semakin banyak, luas, atas alasan 'kesaksamaan'. Contoh: Isu pemakaian. Macam aku cakap tadilah, pempuan boleh berpakaian macam lelaki, t-shirt (lengan panjang), berseluar, jaket macam lelaki, and pada akhirnya, mentaliti sosial masih mengakui mereka sebagai perempuan. Inilah evolusi norma. Cuba kalau kita bawa 'fesyen' ini ikut time machine, pergi ke zaman Saidina Omar contohnya, agak agak apa akan jadi? Beza bukan? Point aku is, bukan aku nak cakap laki nak jugak pakai baju perempuan (kecuali Azwan Ali), tapi, semua benda ada limit. Janganlah kita merendahkan limit orang lain, dan janganlah kita tinggikan limit kita. Ini dikatakan hipokrit, penting diri sendiri. Ini situasi simple. Banyak lagi benda diolahguna untuk kepentingan diri sendiri, dan melimitkan untuk orang lain. Manusia ada ego, menurut Zigmund Freud, psikologist Yahudi, sebab itulah susah nak menerima sesuatu berlainan pada orang lain. Tapi ego ini mahukan ubat macam ephedrine. Efektif dengan slow onset, tapi kemuncaknya lambat. Macam itulah jugak, mula mula susah nak dengar. Lama lama kita sendiri akan paham.

Sekarang tajuk lain. Sekarang semua benda semakin menjadi awkward. Banyak penyebab, antara lainnya adalah peer pressure, dan konflik dalaman. Kadang-kadang aku rasa benda ni ada kebaikan. Haha. Terima kasih kepada budak-budak kelas aku. Duka ini kian menghilang. Ada baiknya juga sesuatu benda negatif itu. Peer pressure sometimes can be a damn good anti-psychic drugs.

Okeh nak keluar dulu. Nak tido. Malam ni dah nak berjuang untuk farmaco. (+..+). Salam.





Wednesday, October 12, 2011

Habes pat fis

Ni la yang jadi, thanks kat josephine :D









Tunggu la lepas ni aku kena lecture dengan Jais Volgo

p.s: sometimes we just should be alone. give us some private time. take a breath in. look back. look front. move forward. everything will be okay. i hope that you understand this. little space, is all that I'm asking.

p.p.s: Pathophysiology test was a disaster. I think I'm gonna fail. Like seriously, gonna F.A.I.L. I was just not lucky enough. I think. :/

p.p.p.s: I don't know is wrong or not about this henna thing, but, I was taught to wear em' when I was a kid, back then when I was 5 years old. That's why I love henna. They will always bring me to some memories. Good memories with my grandmother. :)

Piau (kucing penulis) kirim salam

Sunday, October 9, 2011

Jantung dan Mulut Kita

Salam,

Alhamdulillah, syukur sangat aku masih dapat hidup sampai ke hari ini. Sudahkah anda melafazkan kesyukuran anda? *tahmid sekarang*. Please, do mean your tahmid, kalau tak tak ubah la macam menyanyi, tapi tak paham apa-apa. Aku bukannya buat benda ni as regular basis, tapi, biasalah, kalau teringat tu buatlah. Tahmidlah, tanda kita bersyukur. Bukan susah. Bayangkan muka mak ayah, cakap Alhamdulillah. Itupun sudah cukup untuk menjentik hati sendiri.

Malu. Penyakit yang paling susah, abstrak dalam hidup aku. Ini malu yang selektif, cukup memilih. Bersemuka dengan certain orang, menyebabkan aku kelu, cuba mengelak. Certain orang tak bermaksud 'satu orang' sahaja, tapi mungkin ada particular group of people yang memang buat aku dapat satu reaksi- malu. Mungkin, ada kalanya, aku mampu bergaul, biarlah dengan perempuan atau lelaki, tapi, sangat selektif, sampai aku sendiri tak faham, kenapa ada group-group tertentu yang aku dapat bergaul. Kenapa orang lain dapat bergaul normal, sedangkan aku tidak? Penat memikirkan sejak sekian lama.

Persoalan.

Kadang-kadang, manusia suka menipu diri. Macam nyamuk optimis, menggigit badan, mencari darah, tapi tidak sedar diri diperhatikan untuk ditampar sesedap alam. Mereka sentiasa optimis. Ya, mulut bisa berbicara tidak benar, tangan bisa menaip tidak benar, mata bisa merenung disebaliknya, namun, hakikatnya masih satu tidak bisa berubah, hati tidak bisa berubah, tidak bisa menipu. Mungkin ini mainan? Tiada sapa tahu. Haknya, masih sama, apa aku inginkan cukup berbeda dari hakNya. Masih batil.

I can keep lying to myself
Kadang-kadang terasa dunia ni sentiasa berputar, amnya pada paksi yang sama, tapi begitu jualah hidup kita. Agak terkejut, bila seorang individu yang aku kenal satu ketika dahulu, kini bersama seorang individu yang aku kenal juga. Peliknya, dua-dua pernah rapat dengan aku. Dan akhirnya pada suatu tahap, semuanya hilang terlerai. Macam tiada apa apa pernah berlaku. "Buat tak kenai" bak kata orang penang.

Dah. Nak kena out. Salam. *sambung buat nota microbes*

Thursday, October 6, 2011

Hancur Mood

Pagi pagi kalau dengar lagu sedih macam ni....


...boleh hancur mood satu hari. Adele, your voice strucked me :)

K bye. Sambung buat nota. salam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...