Saturday, October 22, 2011

Habes concluding session Pharmacology

 Cikgu aku pian panggil dia 'The Nanny'. Mungkin sebab cikgu aku cakap macam watak utama dalam siri kegemaran 'The Nanny' Pian tuh. Tapi, senior senior panggil dia ni, Julia Robert. Muka dia tang mana lekat Julia Robert pun aku tak tau. Tapi, rambut dia *selepas Google* ada la sikit sikit macam Julia Robert. Nama cikgu aku Alitsii (Alicia versi Malaysia la). Orang cakap dia malas. Aku rasa dia malas jugak. Tapi setakat ni dia mengajar je. Apa apa pun aku rasa tak stress study Pharmacology. Yang penting belajar.

Lol macam mengumpat cikgu pulak aku letak video dia dalam ni. Aku boleh vlogging la macam ni. Aku vlogging kan orang. Heh.

Kan aku cakap aku ada buat few photographing kan minggu lepas. It was my luck jugak la dapat tengok macam macam scenery, tengok budaya orang, suka tengok family bahagia, tengok orang-orang tua jalan-jalan laki perempuan pegang tangan (tua tua pun romantik yop), tengok budak budak main chak-chak tepi depan belakang atas pokok, tengok burung merpati yang agak jinak, yang paling penting nak release stress satu minggu time tuh *stress Pathophysiology*. Tapi hari ni dah habis stress pharmacology, and tunggulah lagi seminggi, mai pulak stress Microbiology.

Stress.

Stress jugak kena pergi sembahyang Jumaat jauh-jauh, ingatkan nak rehat dekat rumah setelah satu minggu belajar macam orang gila. Stress jugak. Stress. Tapi, Allah cakap, sembahyang (kalau ikhlas) boleh hlangkan stress, malah, penghilang stress yang terbaik. Aku ikhlas ke? Ikhlas, insya-Allah *beli hotdog banyak banyak dekat masjid. serius ikhlas (?)*. Sebab stress malam malam, aku jadi stress, sebab tak dapat tido lena. So aku dengarlah siaran IKIM. Suka suka. Pagi pagi bangun je, boleh dengar ceramah ustazah ustaz, macam macam la. Insaf sekejap. Lagi satu advantage dengar ceramah sebelum tidur pun, is that, macam kita semua (?) pernah buat la time sekolah. Cuba ustaz bagi tazkirah, semua pun sibuklah taZZZZZZkir-blah. Ehehehe. So ceramah adalah bed time story. Seriously ada input jugak, bukan telinga kiri, keluar telinga kanan.

So bila kita stress, most of the time kita stress sebab masalah. Kita banyak fikir tentang masalah yang menyebabkan kita stress. Ini yang aku stress. Prof, ada menyebut sekali, yang manusia normanya akan memikirkan masalah 90%, yang pada akhirnya berkitar macam turbulent, keluar masuk keluar masuk, takdak penyelesaian. 10% lagi pada penyelesaian. Cara nak handle? Kebanyakan masalah kita sedikit. Kita tak pernah list down masalah kita. Ce list down tengok. Katalah hari ni aku stress. Aku stress sebab aku letih belajar macam macam and tak cukup tidor. So, etiology stress aku, primary link dia is sebab aku tak cukup masa. Pathogenesis dia, benda ni mula menganggu aku punya Circadian cycle.

Kan stress tadi punya banyak, bila list tinggal satu je. Sekarang diagnosis dah dapat. Treatment? Senang! Buat la benda awal awal. Kurangkan main game tengok Grey's anatomy berhenti berangan kawen dengan Dr. Grey, kurangkan semua (bukan berhenti, nanti lagi aku stress).

Itu je kot. Selamat handle stress anda. Kalau saya ada input dari IKIM lagi saya kasi tau la macha. Okeh salam.

Azan Masjid Lingoranskaya. Dalam video (orang Russki, geng geng '-stan', Amir Rusli, Elias Adam, Suffian Sukor)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...