Saturday, November 26, 2011

Assalamualaikum Wahai Tahun Baru 1433 Maal Hijrah

Assalamualaikum,

panjang salam kali ini, yet, pendek untuk nak dikatakan. Ingatkan minggu ini habis dua concluding sudah aman damai hidup. Tidak! Tidak mungkin sama sekali. Kepenatan badan ini tiada toleransi. Minggu depan Isnin ada lagi 2 concluding session, Therapy dan Microbiology. 'BALA!' itulah yang aku cakap ketika aku mendengar cikgu mengumumkan perihal tersebut. Penat tak habis, sudah datang lagi tests? Ya Allah penat nya!

Tatkala membaca post junior tadi, dia mula merungut perihal penat dan usahanya terhadap Biochemistry, tidor lambat sampai pukul 1.30 pagi. Tidak dinafikan, usaha dia memang tinggi! Untuk menelaah satu pelajaran, supaya memperolehi markah baik, walaupun pada akhirnya, dia mungkin kecewa dengan markah yang bakal diperolehinya, namun tekad nawaitu azalinya ingin menjadi doktor yang baik dengan mementingkan ilmu adalah sesuatu yang hebat.

Namun begitu, dia harus istiqamah. Istiqamahlah dalam usaha. Ilmu itu bukan untuk menjawab 5 depan lecturer. Ilmu itu mungkin didatangi dengan 4 pada mulanya. Insya-Allah, dengan istiqamahlah, ilmu itu sebenarnya akan memberikan anda '5' dalam hidup anda nanti. Yakin dan tawakal. Setiap orang Allah menetapkan pangkal hujung usaha mereka berlainan. Ada yang usaha sedikit, ada yang usaha banyak, walaupun kesudahan memperoleh kedudukan yang sama, keputusan yang sama. Tapi yakinlah, sedikit anda perolehi, ada banyak lain yang Allah berikan (cuma kita tidak sedar). Lebihnya orang lain, ada kurangnya jua pada mereka. Ini semua ketentuan Allah, Maha Adil Maha Kuasa.

Mungkin anda melihat usaha anda 1.30 pagi itu sudah melebihi. Saya jujurnya, hampir setiap hari tidur pukul 2.30 pagi dan ke atas. Selalunya sampai 3.00 pagi dan keatas. Kalau 2.30 pagi tuh pun sebenarnya tak nak tidur. Disebabkan rasa bersalah kepada otak, yang terlampau 'over-pressure', kadang-kadang ada patutnya kita berhenti, dan berserah. Berserah tidak bererti 'tutup dan bye-bye'. Bacalah balik agar kita tidak ketinggalan ilmu. Tidak dinafikan, aku sendiri punyai daya pemikiran yang amatlah lemah, tapi lemah itu harus diperbaiki, bukan membuat satu alasan untuk menutup. Binalah tampalan atas kelemahan itu!

Usahalah bersungguh-sungguh! Betulkan niat, bukan untuk dapat 5, bukan untuk mendapatkan ilmu dengna sempurna. BUKAN! Niatlah anda ingin menjada agama Allah, niatlah anda ingin membantu keluargamu, masyarakatmu, dirimu sendiri, insya-Allah, Dia akan membantu.

Salam.

p.s: selamat tahun baru!

Sunday, November 20, 2011

Saturday, November 19, 2011

Jelas

Salam,

Mungkin minggu hadapan akan kurang blogging, mungkin tak blogging terus. Minggu depan dah macam minggu disaster. Dua concluding sessions, dan satu subjek aku agak gemar (Pat Anat) dan satu lagi, subjek aku kurang gemar dan paling kurang paham (Pharmacology), bukan tidak gemar tuh sebab azalinya Pharmacology ni adalah dari Chemistry, tapi, kurang gemar sebab topik yang sedang dipelajari ni, agak abstrak, susah nak difahami, dan senang cakap agak merepek. Bila dadah berkaitan pesakit gila, aku dah mula rasa, 'konspirasi' kenapa wujudnya dadah tuh. Sebab, bila wujudnya dadah tuh, aku mesti kena study pasal dadah tuh, dan kemudian 'aku'lah yang akan jadi gila. Jadi lakulah perniagaan dadah tuh.

Cemerlang kau saintis ye?

Anyway, baru-baru ni ada pilihan raya MSA. Mestilah kurang drama, tak macam tahun lepas la. Tahun lepas macam-macam drama keluar. Mostly semua pasal racism. Ada yang cakap, ini bukan soal bangsa atau puak apa, tapi soal agama. Wah, soal agama? Dahsyat gila pilihan raya MSA dekat sini. Soal agama dititikberatkan. Bukan hendak menjatuhkan martabat sendiri, tapi tak pernah kah kita terfikir, yang kita sebenarnya hanya membesar-besarkan perkara yang kecil? Betul lah amanat ex presiden bagi sesi 2010-2011 yang lepas, perangai penuntut dekat sini sendiri yang menjadi masalah.

Wah pandainya menunding jari, apa aku ni tidak racist?

Tidak dinafikan, soal racism ini, almost semua orang ada, tipulah kalau tidak ada, dia macam genetic. Cuma racism kita, racism bertempat. Cuma, bila soal 'tidak kena tempat', sudah tentulah things already gone wrong. Exactly gone wrong. Bagi dalam frasa 'persatuan' atau satu 'pertubuhan' yang pada asal usulnya menjadi satu medium melakukan 'kebajikan' kepada pelajar, soal racism tidak timbul. Sudah besar rahmat ada orang mahu volunteer untuk membantu kita. Ingat VOLUNTEER! Di sini bukan Malaysia, di mana setiap persatuan di dalam universiti itu, mempunyai agenda politik tersendiri, atau dikenali sebagai 'politik luaran'. Itu komuniti besar (pun berbolak balik, sembahyang tidak se-saf, se-alfatihah). Bagaimana pula dengan komuniti kita di Volgograd?

Lagilah sedih. Khasnya bangsa Melayu sendiri. Suka menimbulkan satu perkara yang tidak patut ditimbulkan. Nampaknya, prejudis itu masih ada pada yang tidak sewarna kulit. Sedih. Sudahlah kita minoriti, diwujudkan pula sentimen aku engkau merah hijau. Kenapa kita jadi macam ini? Kita pandang warna bendera, kita tidak pandang warna hidup kita. Biarlah diuar-uarkan slogan 'warna kehidupan', hakikatnya, kita masih ditakuk yang lama. Kita masih kecil. Sudah kecil mahu mengecilkan. Mahu-mahu lagi, aku, penulis blog ini. Aku sedih dengan diri aku sendiri, kita sendiri. Sudah sudahlah. Kita nampak persatuan itu bertujuan berbakti, why not we contribute something, without thinking any of this negative thing, instead of being a blunt pessimist. Aku tidak tujukan kepada siapa-siapa. Tahu ini ayat tipikal, but I'm serious.

Nampaknya, slogan bersatu teguh bercerai roboh, senang menggubah kata dari meletupkan satu ATP untuk satu daya.

Salam.

p.s: tahniah kepada semua calon. lakukan tugas anda dengan terbaik. serve the community. community, not, race. 

Friday, November 18, 2011

Nasib dan ubahan

Salam,

Kadang-kadang kita sendiri tidak paham, apakah beza antara yang terbeza azalinya. Kita lebih suka sesuatu yang sama, beza tidak lain tidak bukan, menjadi buangan kita. Sebab kita diajar begitu. Barangkali.

Beza kita ada tempatnya. Mungkin beza ini berlainan kalau di jalan ini. Mungkin di jalan lain, kita juga berbeza.

Kecewa, barangkali tak semua boleh diubah. Mungkin kita semut, mereka gajah. Ingat, yang kecil tidak semestinya selalunya salah, pada sosialnya "ya", pada hukumnya, "tidak".

Tak semua akan paham entry kali ini. Biarlah yang faham memahamkan.

Sekian, wasalam.

p.s: esok pharmacology :(

Monday, November 14, 2011

Bahagia mungkin sementara

Sebelum hari kesedihan rabu ini akan datang, at least aku dapat senyum kerana hari ini:

(1) aku berjumpa dengan Natasha. Dia semakin cantik. Maintain cantik. Wah sukanya aku time kelas therapy tadi. Satu hari aku berangan-angan, aku prince, dia princess. Dekat kulinari, dekat kelas, dekat lecture. Sukanya diaaaa!!!

(2) Meerabanu bagi nota Pathological Anatomy. Tak susah2 nak buat nota then. Thanks~~!!!

K bai salam.


Piau (kucing penulis) kirim salam

Saturday, November 12, 2011

Antara ikhlas dan korban....

Salam,

First of all, I just wanna say sorry for the previous post which might annoy some people. I myself can get enough of it. Semalam macam nak update banyakkkkkkkkkkkkkk benda. Nak update itu ini, special tak tarikh 11 whatsoever tuh. Tapi, ended up tulis crappy benda tuh. Sebab kena study Pharmaco la. Like 'study' la sangat. Semalam aku spent dekat 5 jam menatap buku (termasuk muka buku) atas sebab bosan melampau, sebab apa yang aku baca tak masuk. Teori osmosis aku tak menjadi :/. Macam apakah semua ni. Semalam dah la baca pasal ubat penyakit CNS atau senang cakap urat saraf dan penyakit orang gila. Psychopath tau tak? Ada psychoses, neuroses, dan segala benda lain yang aku nak ingat, tapi tak mampu ingat dan paham.

Sebab susah !!!

Tapi susah tak bererti aku nak tutup buku, buka selimut, pasang MP3 dekat woofer, pastu tido. Aku cuba jugak nak baca. At least, ada jugak something dalam kotak kepala ni. Tapi masih tak berjaya. Macam kepala ni dah dihijab untuk masukkan apa-apa. Walaupun nak suruh ingat huruf 'a' pun. So dalam tekun membaca dan mengingat (paksa jugak baca lagi), tetiba aku ternampak abah aku online skype. Terus aku video call. Mestilah nak rant mengamuk semua benda pasal Third Year ni anak dia tengah sakit bertungkus lumus.

Abah terkejut. Kenapa anak dia tak tidoq-tidoq lagi ni. Sebab kat Malaysia kan hari Sabtu cuti. So fine la. Kadang-kadang hari biasa pun aku video call abah aku dekat office. So, kalau abah tengah kerja time 8 pagi, maknanya aku 4 pagi. Ya, aku tak tido-tido lagi sebab aku tengah baca untuk test atau something subjek yang aku suka. Tapi untuk Farmako aku TAK SUKA. Jujur jujur. Tapi semalam adalah satu tindakan kamikaze aku buat. Memandangkan abah paksa aku suruh tidoq jugak, sebab dia ingat aku terlampau stress, baca pun tak masuk, better tidoq, so, aku pun urm, pergi sahaja lah tidoq.

Bukan senang aku nak menyerah like 90% macam ni ok? Inilah padahnya study ikut mood. Kalau mood tak mai, gamaknya lingkop la. Tapi Allah selamatkan aku dari bala dalam kelas tadi. So Alhamdulillah. Aku (jujur jujur) seriously kalau tak study bukan rasa tak penat. Tapi rasa bersalah dengan mak ayah aku. Macam dah disuruh anak dia belajar, tapi boleh dok buat nak taknak baca. Bersalah okeh bersalah. Sebab tuh kalau abah ngan mak kata, 'takpa' it does really mean A LOT to me. :D

Lol agak-agak macam mana kalau aku continue dengan episode artikel jiwang aku tuh? Macam ada significant value la pulak. Walaupun skrg musim winter (tiba tiba), aku rasa macam tak berapa obses sangat lagi ni. Sebab winter ni terlalu laaaa awal. Bila winter terlampau awal (like awal 1 bulan kot) mula lah rasa malas semua. Mula lah suka hibernasi dari buka buku. Macam nothing else in this world matter than your selimut. Huhu.

Cakap pasal malas, aku ada ternampak dalam blog post kawan aku, cakap pasal sukan. Dia cakap bersukan tidak lah membawa apa-apa kesan signifikan dalam kesihatan, atau mungkin lebih lagi kepada kemudaratan (injury etc). At certain point aku macam bersetuju. Macam bersetuju. Tapi, on the hand, macam sukan ni, totally untuk kesihatan ke?

Jawapan aku TAK.

Sebab, sukan bukan sekadar mengeluarkan peluh. Kalau nak keluarkan peluh, boleh sahaja kita dok bilik air menyanyi 2 jam. Masih boleh berpeluh bukan? Tapi bagi aku, bila aku main Badminton, Bola etc, apa yang aku pikir aku dapat hilangkan stress, jadi apa kita nak jadi, lepas apa kita nak lepas, interaksi dengan apa kita nak interaksi, jadikan angan-angan tuh betul (macam nak main macam Lin Dan ke (?)).

Itulah. Random pulak blog post aku kali ni. Eheh. Sila enjoy gambar hari raya qurban kat sini, atau dalam Bahasa Rusia adalah Qurban Bayram. And also few pics dari gambar autumn aku hari tuh.

Salam.


Friday, November 11, 2011

Macam wajib

saya suka makan nasi ayam. senang cakap semua nasi la.

yang penting saya suka awak.

tapi, entah siapa awak saya pun tak tahu.

tapi betul saya suka awak, serious saya suka awak.

tapi tapi, awak ni sapa eh? tak kenal pulak awak. tak pernah jumpa, cakap, mesej, sms, what's app ke, apa apa pun tak pernah.

eheh, macam cinta atas kertas la pulak. hehe.

tapi kenapa awak buat saya macam ni. kadang-kadang susah saya nak paham hati budi awak. walaupun awak pelik, dan saya agak janggal bila bersama awak, saya sebenarnya, masih suka awak. tapi awak macam tak suka saya je.

saya macam nak tinggalkan awak. tapi saya sayang awak. kelak nanti saya yang sakit. saya yang meronta. dan mula la saya nak meracau racau teringatkan awak, tapi awak macam semakin luput dek masa nanti.

sebab tuh saya suka awak saya perlu suka awak.

k bai la, tak nak sudah.

with love from : hafidz
to: Pharmaco

sempena 11:11, 1/11/11

salam.

tee hee

Friday, November 4, 2011

One of the greatest moment of my life...

Salam,

I don't know, I'm kinda weird. Like every single time I saw this moment, I just can't stop smiling. Yeah, myself, smiling, which one of the hardest thing that I can't do, apart of talking to girls. And I know, for sure, that not everyone knows about this.

Almost one time a week, I always had a chance to look at this. Yeah, even I can't stop smiling from now. Please, don't get me wrong. I'm smiling because I am happy, no tears, no sweat. You know, when you were walking down the street, wandering around the park, when you see kids and their mother. Playing around, walking around the trees. Or maybe those mothers who always bring out their kids/babies to take a deep fresh air outside, these are the moments that I really feel that the world is peace, full of love.


Or even when I watch video. Like this video:



See how Nancy playing with Jose Luis, it's sooo gonna make me smile. The same thing over here when I see kids, playing around our apartment, or the parks. Perhaps, maybe this is the only reason for me to keep smiling in here. And badminton.

Others not.

Someone told me that, I am not a foreveralone guy. Actually I do. I play games, I shop, I blog. Like forever alone guys  do. I guess cool guys do this :/

Okeh, bukan emo. Tapi layan jiwang. Please if you really wanna feel what I'm feeling right now, open YouTube, and search for any soundtrack from Grey's Anatomy. The series sucks**, I know, but the songs are hell GOOD!

**no medic, no case, sex all the time, that's boring! I mean, be more medic please?

Episode 11 season 2 currently.

Owh here I think gonna be first V-LOG =/ I found this in my hard disk, I uploaded for quite a while, but never thought of posting it here. This video aged about a year, so yeah, enjoy, the first moment when I adopted Naomi, from the cold streets of Winter-Autumn. :)


Salam.

This is not happy anymore

the thing is, the more we spent, the more it hurts. i think this is not gonna stand too long. though the fact that it is old, yeah, old always die.

so do we. should die.

a thousand bits around me, means nothing. except my family. i'm just a lonely guy. in the dark. in a cave. of the unknown place. dropped and left by a plane. of the unknown destination.

may the truth speaks...

Thursday, November 3, 2011

Epic Bunjangis-Russian Shaurma Time...!!!

Salam,

Semalam adalah habis kelas Pathophysiology, which is penyebab utama kenapa aku selalu update blog ni. Akibat stress yang tidak dapat dibayangkan, ditambahkan pula dengan stress akibat orang cakap outlet Subway dekat Volgo ni mahal dan tak sedap, and stress akibat tutti frutti tak akan dibuka di Volgo, aku mula rasa nak. MAKAN.

Dan alang-alang ktorang memang macam dah (?) cuti sejak habis dari kelas Pathophysiology tuh, so, aku rasa better aku buat semua kerja aku nak buat. Nanti hujung2 aku kena study jugak. *PLIS HABIS THIRD YEAR  CEPAT PLIS!*, so aku pun buat EPIC BUJANGIS-RUSSIAN SHAURMA TIME. Kalau dalam bahasa baiknya, kebab (?) la kot. Makanan ni antara benda yang tersedap yang pernah aku rasa sepanjang aku dok kat sini. Memandangkan shaurma yang selalu dijual adalah sangat mahal, so aku dengan Pian decide ktorang kongsi duit buat la shaurma sendiri. Lol. Pian support ayam, aku support semua. Termasuk aku lah kena masak.

Takpa, janji aku dapat makan banyak haghagahga.

Okeh, kepada perempuan-perempuan yang STRICTLY not on diet, silakan buat pun takpe. Tak susah pun. Bayangkan kalau laki malas seludang macam aku pun tau buat, apatah lagi anda? *ahaks*

Bahan-bahan: (Boleh refer gambar-gambar kat bawah)
1) Lavash (erk roti kebab tuh la).
2) Ayam (prefer dada, sebab senang nak potong. mahal, tapi, sekali sekala kan? Potong kecik-kecik)
3) Timun (potong cube)
4) Tomato (slices)
5) Rempah (priprava dlya kuritsei) atau nak pakai rempah kari pun boleh. Benda ni boleh didapati di OKEI (Russia) atau rempah kari dekat kedai pak cik mat belakang longkang rumah.
6) Mayonis (pilih murah-murah sudah)
7) CHESEEEEEEEE !!!! Nak pakai cheese hamburger pun boleh, nak pakai mahal sikit pun boleh. Mana-mana je.
8) Kecomelan si pembuat. eheh.

Disebabkan masakan aku kali ni adalah heavy duty untuk dua orang (seorang 2 shaurma), so, pandai-pandailah sendiri setting amount berapa yang korang nak guna. Macam ktorang, dekat 1 kilo dada ayam. Baru puas makan.

Okeh jom gotovit edu!

  1. Letak dekat 2 sudu barter, and biar dia melt dalam hot pan. Then slow la api sikit.
  2. Kasi tauk itu ayam. Slow api tuh nak kasi itu lemak masin masin sedap masuk dalam ayam, baru shodapp!!
  3. Kacau-kacau, pastu letak la sos tiram sikitttt nak kasi base rasa. 
  4. Pastu tau Aji-Shio or serbuk lada ajinomoto tuh, sebab nak kasi pedas. Kalau nak guna serbuk cabai tuh, guna sikit sikit sudah lah.
  5. Pastu buang banyak-banyak rempah/priprava tuh. Kacau la macha. Kalau air jus dari ayam tuh terlampau banyak, or minyak terlampau banyak, baik buang. Nanti atherosclerosis pulak. 
  6. Hah, main main la, tambah gula garam ke. Kacau sampai dia kering la minyak tuh. Sampai yaam tuh betul betul masak.
  7. Then tau ayam yang digoreng tuh dalam satu bekas, plus sekali dengan tomato. Letak MAYONISSS MAYONISSS MAYONISSS YEAHHH LIKE BACONSTRIPSANDBACONSTRIPS!
  8. Kacau kacau. Sampai rasa pekat yowwww. 
  9. Then hampar shaurma tuh, and letak barter lagi atas tempat korang nak letakkan benda yang korang gaul tadi. 
  10. Letak ayam gaulan korang tuh kat atas barter tuh. Letak cheese (kalau aku, dua pieces lol super fattt!) 
  11. Then gulung cantik2. Pastu letak atas hot pan ke, nak kasi dia rapuh sikit and cair sikit chesse dalam tuh.
  12. Serious sedap tak tipu!












Selamat mencuba!
Salam.


Tuesday, November 1, 2011

Share


Wall Photos
Biggest Problem In Love:

Good Guy Gets Wrong Girl..
Good Girl Gets Wrong Guy..
.
.
.
They Fall In Love
&
Good Ones Get Cheated..
.
.
.
Now The Good Guys Thinks,
All Girls Are Fraud..
&
Good Girls Thinks,
All Guys Are Flirts..
.
.
.
When Good Guy Meets
Good Girl,
They Avoid Falling In Love
&
Become Just Good Friends!!!

Press [SHARE] if you Agree!!!
By: PraveenTech Research Labs



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...