Saturday, September 24, 2011

"Edge of the Unknown..."

Salam,

Pertama sekali, aku rasa amatlah lega sebab hari dapat jugak aku bernafas dengan penuh keringanan. Sebelum ni berat je nak bernafas, barangkali hidup Third Year ni masih bersangkut dengan exam Seconf Year yang bertangguh dulu. Lega. Semua exams dah habis. Boleh la focus 100% untuk Third Year ni.

Nak fokus untuk Third Year ni, bukan nak exaggerate, tapi memang macam entry-entry aku cakap sebelum ni, adalah sangat penat. Lepas satu yang berat, ada je yang berat lagi. Stress jugak, sebab memang tiap-tiap hari tidor tak pernah cukup. Kelas awal tiap tiap hari, kelas berat tiap tiap hari. Nak relax boleh je, tapi, aku lah yang akan sakit di hujung hari. So, baik struggle daripada awal. Bukan nak tabur janji manis nak study bersungguh-sungguh, tapi, aku cuba istiqamah la dalam apa aku buat ni.

Part markah, untuk third year ni, mungkin ramai daripada kawan kawan aku dah mula mengejar ngejar markah. Aku jujurnya dah boring dengan markah. Dapat 5 tapi bodoh, adalah lebih teruk dari dapat 3 tapi pandai. Betul! Ada ramai je kawan-kawan aku yang dapat enggak seberapa, hakikatnya SEMUA MEREKA PANDAI NALAREKEK! So aku decide, better study hard. Bab markah tuh, apa nak jadi, jadilah. In fact, aku dah dapat apa yang aku nak dah. Sekarang ilmu la pulak.

Baru-baru ni ada kelas surgery, which of course, kami dapat melihat dengan mata kepala sendiri surgery dibuat. Komparasi bermula. Malaysia dan Rusia. Malaysia- EGO, Russia- HUMBLE. Itulah yang dapat aku rumuskan. Ketidaklengkapan pada fasiliti, rakyat Rusia mampu hidup dengannya, malah, bangga dengannya. Lain pula dengan Malaysia. Suka menjarakkan diri, baik status, baik pangkat. Surgeon di Malaysia, walaupun melakukan prosedur yang entah apa-apa macam mastectomy, sudah mula nak belagak bagus! Mungkin agak kasar di situ, tapi realitinya, itulah yang cuba aku sampaikan. Orang nak belajar, apa yang dibuatnya? HALAU!- Bongkak. Sudah 2 kali aku melihat sendiri operation, satu melibatkan BY-PASS, satu lagi melibatkan VARICOSE VEINS. Dua dua memerlukan kepakaran tinggi. Ketika aku sedang melihat operation, pada satu jarak yang agak jauh dari Surgeon, apa yang dibuat Surgeon?

"Malchiki, idite suda, blizhe blizhe..."
"Guys, come here, closer closer..."

Kami mampu menghampiri surgeon tersebut, yang humble pemakaiannya, bertopi teddy bear. Sambil membuat surgery, dia mengajar kami di mana lokasi dan bentuk artery, yang pada pangkal pengajian kami, tidak pernah sedar dimana kedudukan arteri tersebut, sehingga pada hari itu, theory yang kami tekun menatap, akhirnya membuahkan hasil aplikasi yang ternyata apa yang kami pelajari memang berfaedah. Walaupun kurang mengerti mengenai prosedur yang dilakukan, tapi, ketika surgery sedang berlangsung, aku kerap diberi peluang untuk membantu, biarlah walaupun sekadar membantu menghalakan lampu, cukuplah menjadi sebuah privillege dan honour kepada seorang yang bercita-cita nak jadi thoracic surgeon ni. Sambil melihat, sambil praktis atas angin. Semangat punya pasal!

Begitulah orang Rusia, manakan tidaknya mereka lebih maju mentaliti berbanding orang Malaysia (termasuk aku).

Lately, aku terasa amat kosong, apart of banyak sangat mimpi buruk yang tak best dan merepek. So aku decide nak maraton Grey's Anatomy. Aku bukannya peminat Grey's Anatomy, but untuk 3 episodes pertama, aku yakin aku akan gila Grey's Anatomy macam mana aku gila dekat siri House.

Okeh, nak out dulu. Nak merilex, jap gi malam nak kena sambung berjuang balik.

P.s- Sometimes we wonder, life needs a line, needs a limit, which we set it up. Drawing a line on life is a mistake. Life doesn't have any line needs to be drawn. Islam doesn't draw any line. Islam gives you a piece of paper to draw everything, sketch everything. But this paper is definite in size. I am happy of who I am now, though lots need to be done.

P.p.s- Penat buat nota!

P.p.p.s- Julia Robert dah mula buat perangai. -.-"""""

P.p.p.p.s- Enjoy the pics (Pre-Autumn Leaves)

Don't cross any limit

Being a dull one

Be bored (?)

My favourite pic!

Low cost budget to give somene a flower. A beautiful one, near the dog's poop.

The most frustraing pic. Good light, but not a good scene (there's cars bla bla)

"But failures all you've known..."-Iridescent, Linkin Park.



Wednesday, September 21, 2011

Bahagia dengan stress

Salam,

Mungkin ini akan jadi update blog yang pendek. Ni macam sangat sangat pendek, sebab tuh aku tulis ayat ni, sebab tak nak bagi pendek. But the thing is, walaupun nampak aku online dekat ym hampir dari malam sampai ke pagi, the fact is, aku tak sedar pun aku online. Sebab, aku guna iPad, and dia adalah auto login. So, sekarang ni, most of the time, aku sakit dengan kesibukan third year.

Bukan nak exaggerate or hyperergy or whatever you guys wanna call it, but, memang pun third year sibuk. Macam ada tiga bini. Tiap tiap hari ada karenah yang perlu dilayan. Masing masing pulak kena prepare mentally. Disebabkan kesibukan macam ni, kebanyakan orang dah mula merungut. Stress. Tension. Period. Senggugut. Semualah!

Dulu merungut sangat, belajar kat Russia ni relax la, apa la. Sekarang dah sibuk, baru boleh rasa oficially student medik, macam Husaini cakap (just now). Pian pulak, memang merungut di punya tidur terganggu, and dia tak dapat 'vocal rest' ala Mariah Kari. Memang pelik pelik third year ni. Aku pulak? Nak merungut tak dapat. Merungut sekadar dalam hati, tapi, rasa macam rindu sangat nak suasana macam ni. Sibuk, tak menang tangan, tak cukup rehat, kena stay up. Macam suasana SPM dulu. Aku perlukan stress macam ni. Tak perlulah aku pikir pasal awek, or about having a relationship pun kan. Gila. Dngan third year ni, relationship akan jadi disaster.

Apa apa pun, ni cuma short update. Mungkin dalam minggu hadapan aku akan agak bebas sedikit. Exam Surgery hari Jumaat ni. Sebab itu aku sibuk. Okeh dah penat. Hari ni cikgu lepas kelas pukul 6.15 petang. Sakit badan mak. Tapi bagus jugak, tengah tengaj puasa ni kan, benda benda macam ni la yang cepatkan masa. Haha.

K nak chow, salam.



Piau (kucing penulis) kirim salam

Location:Rumah Saya Di Volgograd

Friday, September 9, 2011

Kesibukan Tahap 7 Petala Langit

Salam,

I am busy, so this might be a short post. Or maybe not. Anyway, as what you have seen, in a week I haven't post a single thing. Frankly because, I am busy. Quick update, I am not officially a third year student, because I haven't take my practical exam, which should be around, urm, next week. Or next next week. Anyway, most of my teachers are super awesome. Strict, just the way I like. Like, today, I got a mark 3 for my surgery daily test. Like what? The way he conducted the test is totally weird. My topic that I should write was 'Infiltration Anaesthesia'. My lecturer Frolov, a specialist surgeon of cardio and vessels field, simple gave us a A5 size piece a paper (which was cut into 4, so yeah imagine how small was that paper), and we need to write that, according to the topic given. Everything normal, I wrote my name, and started writing. Like everyone should do. But since my topic was a got-many-ideas topic, so I wrote slowly, like you know, an esei test during the SPM. Then he took the paper. WITHIN 3 minutes! We need to write everything in 3 minutes! Like what???? From the moment he took our paper, everyone was in state of SHOCKED! And with a wth-face expression.

I didn't know he's like that, so, poof, there went my first class mark. Anyway, it is not the mark that I wanted to know, but the knowledge. He taught us a lot. So the conclusion is, third year is hell, and is getting hell-er day by day.

I got Julia Robert also for my Pharmacology class. Again, I have to work hard for this subject. Earlier. Or else I'll be dead by the end of the year. You know, like Biochemistry last year -_-"

Okay bye got to go, salam.

Friday, September 2, 2011

Countdown 3, 2, dan 1 | Tergendala, Pening dan Seruan Disahut.

Salam,

Macam yang aku cakap semalam (?) time dekat KLIA, yang kesemua entry di atas terpaksa tergendala atas sebab kakitangan Celcom yang suka buat masalah, especially nak dekat raya. Biasalah, semua orang dekat dekat raya memang jadi malas. Tapi malas yang kali ni memang nak letak high risk dekat orang yang nak guna internet sangat sangat. Tak macam penggunaan untuk Facebook, atau Blogger, kali ni nak guna untuk update status tiket. On time ke, delayed ke, cancelled ke? Kalau aku pergi KLIA and then dapat berita tak sedap hati, masak kau dengan aku.

Tapi takpelah, ayah aku nak settlekan budak tuh bila office dah kembali operating. Sebabnya, ayah aku dah fill in form untuk jangan-block-internet awal awal lagi sebelum raya. Memang budak tuh nak kena pelekuh. Cari penyakit sangat.




Memandangkan aku dah atas pesawat ni blogging secara offline, aku harap aku dapat sampai ke kampung ke-2 aku la, si Volgograd ni. IA, perjalanan akan selamat sampai. Sememangnya perjalanan kali ini adalah sangat cepat, memandangkan waktu transit yang singkat, AND delay hampir satu jam di Doha Airport. Overall, Qatar Airways punya servis adalah sangat failure la jugak. I mean, tak detail dia punya servis. Ada bantal buruk la, dengan tetiba monitor rosak sebab server dia rosak (2-3 orang je dapat tengok movie). The good thing about Qatar Airways is that, dia kasi aku bawak luggage 30kg. Adalah awesome.



Cukup bercakap mengenai Airlines yang tak membawa faedah.

Homesick. Biasalah, bila belah keluar dari rumah, mulalah nak homesick. Tapi kali ni homesick lagi mengada ngada, tapi air mata tak keluar macam tahun lepas la. Barangkali semua berjalan lancar, dan emosi aku sebelum balik tidak terganggu sangat. Berjaya. Kawalan emosi kali ini adalah sesuatu yang aku rancang dari awal. Aku tak nak ada internal konflik sepanjang aku dalam perjalanan ke rumah. Macam tahun lepas la. Konflik dengan mak aku tu. Selamat mak aku tak rasa apa apa.

Raya sebenarnya biasa je tiap tiap tahun. Cuma tahun ni, aku tak bersalaman pun dengan ayah mak aku. Sampai ke airport pun. Just salam and peluk. Tak terbit kata "Mak Abah, cik minta maaf. Selamat hari raya". Tak. Ni boleh buat internal konflik jugak ni. Tapi iA, aku cuba buat something special. Macam buat kad raya khas untuk abah, mak and adik adik aku. Gambar semua dah tangkap. Gembira. Raya kali ini walaupun tipikalnya aku hanya duduk di rumah atas sebab badan dah gemok, so dia mulalah jadi malas. Afterall, mood raya sebenarnya serious akan hilang bila aku pikir 'lusa dah nak nak balik dah'. Serius.

Makan tak lalu, tidor tak lena. Mandi basahlah. Iyelah, sapa tak terkenang saat manis duduk di rumah. Makan, tidur. Main takde (sebab tuh gemuk). Seronok tolong abah mak balik rumah, walaupun tak banyak. Sekadar mencakar sampah, buang sampah ke tong sampah, ambik adik balik dari sekolah, tolong buat kuih raya. Ya Allah, walaupun kecil saat itu, tapi manisnya macam manisnya-kurma-itu! Ditambah pula dengan saat main mercun malam raya, memang mengimbau balik memori ketika aku kecik kecik dulu. Kecik kecik dulu suka la main mercun. Mercun pulak bukan calang calang mercun. Mercun high voltage, macam mercun ketupat, mercun bola, mercun botol, mercun roket. Sekarang? Habis kuat pun mercun mancis or mercun teloq naga. Dulu trick normal bila dapat mercun mercun high voltage ni, adalah mencari taik lembu. Hot, fresh and masih berwap. Letak mercun botol tengah tengah pancake tuh, pastu cucuhlah mercun, pastu lari bertempiaran. Bila meletup, yang lambat tuh nasiblah. Dapatlah rasa pancake atas baju berbintik bintik. And cop lima jari dari orang rumah. Lol.

Aku tak penah kena lempang la.

Tapi balik kali ini, abah and mak memang bertambah awesome. Makanan yang dijamu tak pernah jemu. Ada saja makanan special yang mahu dibuat apabila si anak balik dari perantauan. Ada saja pendapat dan lecture motivasi kepimpinan dari abah ketika dalam kereta. Memang apa segala pengorbanan abah dan mak kepadaku selama ini, kalau nak dibeli ferrari atau lamborghini atau nak beli Tanah Haram Mekah pun tak mampu nak membalas setiap apa yang mereka korbankan kepada aku selama ini. Tidak satu pun!




Ya Allah beruntungnya aku dapat keluarga yang humble ini. Keluarga, terutamanya di bahagian abah aku, amat terkenal dengan sifat rendah diri mereka. Beruntung sekali. Acap kali mereka menasihati aku, JANGAN BELAGAK, JANGAN MENINGGIKAN DIRI! Memang sifat sifat ini akan memakan diri sendiri balik suatu hari nanti. Aku pernah buat, and paid in cash setiap kali aku buat perkara tersebut. Aku risaukan satu perkara dalam keluarga aku. Semangat kepartian. Semangat ini bukan sahaja dapat memecahbelahkan bangsa, malah jugak keluarga. Fanatik tidak bertempat hinggakan kepala dipaling ke sisi dek tidak mahu melihat walau seutas bulu roma di muka. Bibitnya sudah terjadi, itulah yang buat aku risau, tapi bukan severe lagi. Sepupu aku la.

Paksu aku masih lagi dengan celoteh tiga suku dia. Orang penang kata 'lok-laq' punya kelaku. Sesampainya aku di Malaysia, dia antara orang terawal greet aku. Melalui telefon pulak tuh. Sesampai di rumah, diajaknya bersembang, dipanggilnya aku dengan nama pelik pelik. 'Kucing Rusia' barangkali aku pernah tunjuk dekat paksu dua ekor kucing Rusia aku, Naomi dan Chacha. Dan lagi satu nama yang kerap kali diulang, iaitu, 'Russianos'. Russianos! Russianos! Apalah paksu aku merepek. Nak dijadikan bahan, adik aku la kerap kali jadi mangsa. Sampaikan ke anak dia, Syafiq Baihaqi pun dah pandai mengejek adik bongsu aku, 'Abeba!'. Itulah cara dia melawak. Tapi antara perkara yang paling aku ingat adalah dialah orang pertama yang mengajak aku berkaraoke.

Tak cukup lagi mengenai abah dan mak. Kekadang aku rasa aku melayan abah sebagai seorang supir, dan mak aku pula, seorang pengecop wang di bank. Sebab hampir kemana sahaja aku mahu pergi, abah pasti mahu hantarkan, kalau berkelapangan. Hampir apa sahaja aku mahu makan, pasti mak akan menghulurkan duit. Bersalah. Itulah, apa sahaja yang abah mak lakukan pada aku selama ini, adalah amat mustahil Untuk aku membalasnya. Begitu jugalah mak caq aku.

Keluarga mak caq aku susah. Sangat susah. Namun begitu, azam cita cita dia adalah sangat tinggi. Maka atas sebab itulah, setiap kali aku berdoa, PASTI bayangan muka mak caq muncul dalam doaku. Itulah. Aku berjanji pada diri sendiri. Aku takkan digelar manusia berguna, jika perkara perkara ini aku tidak lakukan di waktu dewasa kelak mendatang:- 1. Menjaga kedua mak abah aku sampai ke akhir nyawa mereka atau nyawa aku. 2. Membantu mak saudara aku dalam kehidupan mereka setiap bulan. 3. Bertanggungjawab atas segala urusan adik beradik aku, baik personal, baik bukan personal.



Suatu hari nanti, akan tiba masanya, aku akan menjaga mak dan ayah aku seperti mana mereka mengekang telinga mata menjaga dan melayan karenah aku dahulu sewaktu aku masih kecil. Mungkin kata kata orang tua kepada mak aku suatu ketika dahulu, "Budak ni besaq nanti akan jaga mak bapak elok elok (sambil melihat aku menangis merengek yang memerlukan kesabaran tahap 7 petala langit)". Aku berpegang pada itu, insya Allah. Doa aku setiap hari ketika solat adalah ringkas.

'Ampunilah dosa aku, dosa kedua ibu bapa aku, dosa guru guru aku, dosa adik aku, kurniakanlah mereka kejayaan, dan kebagiaan'

Amin, amin, amin.

Moga perjuangan Tahun Ketiga aku bermula sebagaimana aku rancangkan.

:)

Salam.




P.s: Gambar di atas menujukkan aku dah selamat mendarat dan tiba di Volgo.

P.p.s: Nanti ada entry untuk gambar gambar raya. Alam sungguh indah ketika raya. *happy*

Piau (kucing penulis) kirim salam

Location:Atas Kapal Terbang Siberian Airline (s7)

Thursday, September 1, 2011

Boarding

Salam,

Currently waiting to board on the Qatar airplane. So, sorry for the countdown 3, 2, and 1 which I couldn't make it. My house's internet was blocked. Pretty much to tell, yet, maybe some of them I might not write. Lupa.

Okay, got to go. Cheers with the pic!

Salam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...