Friday, September 2, 2011

Countdown 3, 2, dan 1 | Tergendala, Pening dan Seruan Disahut.

Salam,

Macam yang aku cakap semalam (?) time dekat KLIA, yang kesemua entry di atas terpaksa tergendala atas sebab kakitangan Celcom yang suka buat masalah, especially nak dekat raya. Biasalah, semua orang dekat dekat raya memang jadi malas. Tapi malas yang kali ni memang nak letak high risk dekat orang yang nak guna internet sangat sangat. Tak macam penggunaan untuk Facebook, atau Blogger, kali ni nak guna untuk update status tiket. On time ke, delayed ke, cancelled ke? Kalau aku pergi KLIA and then dapat berita tak sedap hati, masak kau dengan aku.

Tapi takpelah, ayah aku nak settlekan budak tuh bila office dah kembali operating. Sebabnya, ayah aku dah fill in form untuk jangan-block-internet awal awal lagi sebelum raya. Memang budak tuh nak kena pelekuh. Cari penyakit sangat.




Memandangkan aku dah atas pesawat ni blogging secara offline, aku harap aku dapat sampai ke kampung ke-2 aku la, si Volgograd ni. IA, perjalanan akan selamat sampai. Sememangnya perjalanan kali ini adalah sangat cepat, memandangkan waktu transit yang singkat, AND delay hampir satu jam di Doha Airport. Overall, Qatar Airways punya servis adalah sangat failure la jugak. I mean, tak detail dia punya servis. Ada bantal buruk la, dengan tetiba monitor rosak sebab server dia rosak (2-3 orang je dapat tengok movie). The good thing about Qatar Airways is that, dia kasi aku bawak luggage 30kg. Adalah awesome.



Cukup bercakap mengenai Airlines yang tak membawa faedah.

Homesick. Biasalah, bila belah keluar dari rumah, mulalah nak homesick. Tapi kali ni homesick lagi mengada ngada, tapi air mata tak keluar macam tahun lepas la. Barangkali semua berjalan lancar, dan emosi aku sebelum balik tidak terganggu sangat. Berjaya. Kawalan emosi kali ini adalah sesuatu yang aku rancang dari awal. Aku tak nak ada internal konflik sepanjang aku dalam perjalanan ke rumah. Macam tahun lepas la. Konflik dengan mak aku tu. Selamat mak aku tak rasa apa apa.

Raya sebenarnya biasa je tiap tiap tahun. Cuma tahun ni, aku tak bersalaman pun dengan ayah mak aku. Sampai ke airport pun. Just salam and peluk. Tak terbit kata "Mak Abah, cik minta maaf. Selamat hari raya". Tak. Ni boleh buat internal konflik jugak ni. Tapi iA, aku cuba buat something special. Macam buat kad raya khas untuk abah, mak and adik adik aku. Gambar semua dah tangkap. Gembira. Raya kali ini walaupun tipikalnya aku hanya duduk di rumah atas sebab badan dah gemok, so dia mulalah jadi malas. Afterall, mood raya sebenarnya serious akan hilang bila aku pikir 'lusa dah nak nak balik dah'. Serius.

Makan tak lalu, tidor tak lena. Mandi basahlah. Iyelah, sapa tak terkenang saat manis duduk di rumah. Makan, tidur. Main takde (sebab tuh gemuk). Seronok tolong abah mak balik rumah, walaupun tak banyak. Sekadar mencakar sampah, buang sampah ke tong sampah, ambik adik balik dari sekolah, tolong buat kuih raya. Ya Allah, walaupun kecil saat itu, tapi manisnya macam manisnya-kurma-itu! Ditambah pula dengan saat main mercun malam raya, memang mengimbau balik memori ketika aku kecik kecik dulu. Kecik kecik dulu suka la main mercun. Mercun pulak bukan calang calang mercun. Mercun high voltage, macam mercun ketupat, mercun bola, mercun botol, mercun roket. Sekarang? Habis kuat pun mercun mancis or mercun teloq naga. Dulu trick normal bila dapat mercun mercun high voltage ni, adalah mencari taik lembu. Hot, fresh and masih berwap. Letak mercun botol tengah tengah pancake tuh, pastu cucuhlah mercun, pastu lari bertempiaran. Bila meletup, yang lambat tuh nasiblah. Dapatlah rasa pancake atas baju berbintik bintik. And cop lima jari dari orang rumah. Lol.

Aku tak penah kena lempang la.

Tapi balik kali ini, abah and mak memang bertambah awesome. Makanan yang dijamu tak pernah jemu. Ada saja makanan special yang mahu dibuat apabila si anak balik dari perantauan. Ada saja pendapat dan lecture motivasi kepimpinan dari abah ketika dalam kereta. Memang apa segala pengorbanan abah dan mak kepadaku selama ini, kalau nak dibeli ferrari atau lamborghini atau nak beli Tanah Haram Mekah pun tak mampu nak membalas setiap apa yang mereka korbankan kepada aku selama ini. Tidak satu pun!




Ya Allah beruntungnya aku dapat keluarga yang humble ini. Keluarga, terutamanya di bahagian abah aku, amat terkenal dengan sifat rendah diri mereka. Beruntung sekali. Acap kali mereka menasihati aku, JANGAN BELAGAK, JANGAN MENINGGIKAN DIRI! Memang sifat sifat ini akan memakan diri sendiri balik suatu hari nanti. Aku pernah buat, and paid in cash setiap kali aku buat perkara tersebut. Aku risaukan satu perkara dalam keluarga aku. Semangat kepartian. Semangat ini bukan sahaja dapat memecahbelahkan bangsa, malah jugak keluarga. Fanatik tidak bertempat hinggakan kepala dipaling ke sisi dek tidak mahu melihat walau seutas bulu roma di muka. Bibitnya sudah terjadi, itulah yang buat aku risau, tapi bukan severe lagi. Sepupu aku la.

Paksu aku masih lagi dengan celoteh tiga suku dia. Orang penang kata 'lok-laq' punya kelaku. Sesampainya aku di Malaysia, dia antara orang terawal greet aku. Melalui telefon pulak tuh. Sesampai di rumah, diajaknya bersembang, dipanggilnya aku dengan nama pelik pelik. 'Kucing Rusia' barangkali aku pernah tunjuk dekat paksu dua ekor kucing Rusia aku, Naomi dan Chacha. Dan lagi satu nama yang kerap kali diulang, iaitu, 'Russianos'. Russianos! Russianos! Apalah paksu aku merepek. Nak dijadikan bahan, adik aku la kerap kali jadi mangsa. Sampaikan ke anak dia, Syafiq Baihaqi pun dah pandai mengejek adik bongsu aku, 'Abeba!'. Itulah cara dia melawak. Tapi antara perkara yang paling aku ingat adalah dialah orang pertama yang mengajak aku berkaraoke.

Tak cukup lagi mengenai abah dan mak. Kekadang aku rasa aku melayan abah sebagai seorang supir, dan mak aku pula, seorang pengecop wang di bank. Sebab hampir kemana sahaja aku mahu pergi, abah pasti mahu hantarkan, kalau berkelapangan. Hampir apa sahaja aku mahu makan, pasti mak akan menghulurkan duit. Bersalah. Itulah, apa sahaja yang abah mak lakukan pada aku selama ini, adalah amat mustahil Untuk aku membalasnya. Begitu jugalah mak caq aku.

Keluarga mak caq aku susah. Sangat susah. Namun begitu, azam cita cita dia adalah sangat tinggi. Maka atas sebab itulah, setiap kali aku berdoa, PASTI bayangan muka mak caq muncul dalam doaku. Itulah. Aku berjanji pada diri sendiri. Aku takkan digelar manusia berguna, jika perkara perkara ini aku tidak lakukan di waktu dewasa kelak mendatang:- 1. Menjaga kedua mak abah aku sampai ke akhir nyawa mereka atau nyawa aku. 2. Membantu mak saudara aku dalam kehidupan mereka setiap bulan. 3. Bertanggungjawab atas segala urusan adik beradik aku, baik personal, baik bukan personal.



Suatu hari nanti, akan tiba masanya, aku akan menjaga mak dan ayah aku seperti mana mereka mengekang telinga mata menjaga dan melayan karenah aku dahulu sewaktu aku masih kecil. Mungkin kata kata orang tua kepada mak aku suatu ketika dahulu, "Budak ni besaq nanti akan jaga mak bapak elok elok (sambil melihat aku menangis merengek yang memerlukan kesabaran tahap 7 petala langit)". Aku berpegang pada itu, insya Allah. Doa aku setiap hari ketika solat adalah ringkas.

'Ampunilah dosa aku, dosa kedua ibu bapa aku, dosa guru guru aku, dosa adik aku, kurniakanlah mereka kejayaan, dan kebagiaan'

Amin, amin, amin.

Moga perjuangan Tahun Ketiga aku bermula sebagaimana aku rancangkan.

:)

Salam.




P.s: Gambar di atas menujukkan aku dah selamat mendarat dan tiba di Volgo.

P.p.s: Nanti ada entry untuk gambar gambar raya. Alam sungguh indah ketika raya. *happy*

Piau (kucing penulis) kirim salam

Location:Atas Kapal Terbang Siberian Airline (s7)

1 comment:

Nurul Idayu said...

awesome...family is everything =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...