Sunday, August 28, 2011

Countdown 4 | Rasa susah

Salam,
Hari ini janji nak tolong abah pagi tadi sebelum ada majlis pemberian bantuan Celcom dekat rumah. Disebabkan tunggu abang TNB siap nak perbaiki elektrik so that aku dapat online, nak buat blogpost panjang tuh, aku tidur tahap gila dah pagi tuh, so tak dapat la nak bantu abah. Oh, untuk pengetahuan anda semua, memandangkan dewan kampung aku telah dihijacked oleh para orang 'pakatan peghak', maka faham fahamlah, segala aktiviti melibatkan orang warna merah, biarpun baik sedekah amal jariah, biarpun tiada kaitan dengan parti amal baik tersebut, benak hati tetap menutup jiwa. Parti kuat sungguh!

Maaf, penulis tidak bermaksud untuk berpolitik. Ingat, politik itu perlu. Malah diuraikan dengan mudah dalam buku Murabbi Cinta ni. Politik berlandaskan akal, berlandaskan agama, menurut ke arah pembentukan negara makmur. Politik bukan hal acuh tidak acuh. Perkara serius. Tapi, pengajaran kepada anda di luar sana, janganlah disebabkan politik: Bila kenduri tidak bertegur sapa, -Bila berjumpa, pandangnya ke lain, buat buat tidak kenal,- Benda baik dikelabukan. Itu buta hati. Menurut Abu Saif, asas politik adalah sesuatu yang berlandaskan Hiraasah al-Deen wa Siyasah al Dunya bihi yakni memelihara agama dan mengurustadbirkan dunia dengan agama itu. Apa dah jadi dekat kampung cinta aku ni?

Banyak lagi kalau aku nak buka keburukan. Mentaliti yang lain dari yang lain. Maaf, ini cuma kebenaran di ruang tangkup kampung aku, Kampung Pinang Tunggal. Abah cakap, "Nak buat benda baik memang susah Apit, Nabi dulu pun kena teruk...". Itulah. Jangan risau, aku bertanggapan manusia lain di dunia luar jauh lebih baik, membangkang la kalau hendak membangkang. Jangan jadi seperti di kampung aku. Hilang sosial sistemnya. Imam Shafi'e pernah berpesan, antara 'tips' yang diberi untuk sesuatu manusia kuat imannya terhadap agama, adalah salah satunya banyak mendekati manusia manusia ilmuwan. Kebanyakan mereka adalah ilmuan (except orang kampung aku). Aku suka mendekati, and aku suka ilmu. Aku tekad nak lebih ilmu. Mereka inipun nak lihat dalam solat Jumaat pun susah, inikan kelas agama.

Dalam pukul 11.30 pagi macam tuh majlis penyampaian hamper dan wang sumbangan selesai dijalankan. Alhamdulillah. At least, di kampung aku tak ada la orang yang merempat mencari duit, sampaikan terpaksa masuk ke dalam gereja. Alah, macam yang Dr. Asri dedahkan, perihal kristianisasi, perihal peranan Majlis Zakat. Kronik dah tuh. Salah kita. So, habis majlis tuh, Nana, sepupu aku panggil aku, suruh pergi kacau dodol. Mak oi, bukan ke esok ke kena kacau dodol? Kacau dodol ni peritnya satu je.

Asap.

Sumpah kalau nak mintak tolong kacau tuh takde hal la. Tapi, bila datang asap, aku orang pertama yang paling touching/emo macam Fauziah Nawi/Wan Maimunah PTPTN/Fasha Sandha. Menangis tak sudah. Berhingus meleleeeeeeeehhhhh. Tuk aku mana nak guna dapur gas. Takda kelas, takda kick. Anyway, aku dengan adik aku dedngan penuh excitednya (?) pergi nak tolong tok.

Sikit je. Ingatkan besar sekawah besar macam kawah kenduri.

         Tapi, ya Allah, berat gila baq ang nak tonyoh tuh, pergi balik dengan asap yang sesudahnya tidak pernah tak rindu aku. Sikit sikit pusing arah aku, sikit sikit pusing arah aku. Terfikir aku apa fizik asap ni kejap ke sana kejap ke sini. Nak kata angin, adik aku penat puas kipas asap tuh. Still dia nak ke aku jugak. Aku ni Jin ke? -.-". Tapi, manusia kan sentiasa boleh berfikir. Pakai google adik aku. Aku and tok aku pun pakai. Awesome. Alim dan Hakeem tuh dua perkara berbeza, tapi sangat crucial dalam penajaman dan membuat keputusan. Okeh, banyak sebenarnya aku belajar dari buku tuh, tapi, itulah, nak share pun siapalah aku.

       Tapi mana ada orang baca blog aku, so, tak salah la nak tulis. Serious, aku bukan cuba personalitizing. 'Persona', Latin, bermaksud topeng. "Alim asasnya pada ilmu, Hakeem asasnya pada pengalaman". Satu rangkap ayat (lebih kurang la) yang paling aku ingat dalam buku Murabbi Cinta. Mendalam kan? Tapi, besar aplikasinya. Tak sia sia jugak aku beli buku ni. Dahla pink, ada tulisan 'Cinta'. SCARY! Cuba cubalah fikirkan dan selamat beramal.

Cepat betul aku melalut.

       Anyway, aku alternately kacau kacau dodol tuh dengan adik aku. Aku boleh rasa 1kg lemak aku turun setiap sepuluh minit aku mengacau dodol tuh. Kira kardio exercise la tuh. Dalam 2 jam setengah mengacau benda alah tuh, akhirnya siap pun. Tak sabar nak makan. Aku balik balik terus tido. Aku tanya mak aku, pukul berapa? (Harapan macam pukul 4.30). Mak cakap baru 2.30. Haaaaa???!! Terkejut den ni lopah ponat mengacau dodol. Itulah sebabnya aku tidor. Time machine realiti. Tak sedar dah nak balik. Urgh.
Anyway, enjoy the pics: (Majlis Sumbangan Bantuan Raya Celcom Axiata, Photoshoot Watashau (anak Piau), Ceritera Dodol)

 Apakah itu kamera?
 Pandangan jauh...
 Ya. Nama dia adalah Watashau. Nippon saiya.

 Retarded plus excited mengacau dodol.
 Okeh dah penat.
 Mula rasa pelik kenapa tak masak masak.
 Okay. Maybe someone tengah wonder. Kenapa aku pakai google. Inilah inovasi.Tengoklah betapa susahnya orang berpengalaman dalam mengacau dodol ni pun susah nak kacau dodol. Sebab ASAP. Sebenarnya tok aku pun pakai google lepas aku pakai google. Disebabkan google tuh google pink, so, agaka awkward nak tengok. But serious, ramai orang yang naik motor lalu lalang time tuh usha adalah sangat pelik. Especially kat tok aku. Buang tebiat gamaknya. Apa apa lah. Tok aku cakap google membantu. Haha.
 Alam semulajadi looks so wonderful. Especially in the morning.
 Even this commonly found plant. =)
 Dato' yang sentiasa nak melobi persona agenda politik. Politik Islam kah?
 Suka diterima hadiah. Orang susah memang tahu bersyukur. Sometimes aku terpikir nak berumah kayu tepi sawah, ada pelantar sahaja diperkarangan rumah yang diteduhi rimbunan pokok kelapa dua tiga pokok. Rumah besar memang selesa. KITA SELESA. Bukan ORANG LAIN selesa. Aku terpikir, kalau aku berumah besar, ada ke kemungkinan budak budak nak mendekati aku, and aku mampu menyampaikan amanat nasihat falsafah hidup kepada mereka? 

Time raya mau la aku datang rumah besar besar ni.

 Anak Pak Cik At Labu. Labu sungguh genetik fizikal mereka. :)
Proof memang hal ini dari Celcom Axiata Company. =) Politikus much?
Okeh ni sebenarnya gambar EPIK tok aku pakai google. Tenangkan muka dia menonyoh benda alah dodol tuh? :)

Wasalam.

P/s: Aku lagi rasa aku perlu diet sangat tahap gila gila balik ni. Aku kena sacrifice! (Iye iye je kan?)

3 comments:

Isyafiq Qamaal bin Ahmadi said...

tok hang comel la pakai ggogle tuh....hahaha....

Nurul Idayu said...

haha..mnarik btul gune google. btw cntik ah gmbr kucing2 tu~

Khadijah Iderus said...

cool gile tok hang!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...