Sunday, August 28, 2011

Countdown 3 | Balik lah!

Salam,

Pertama kali, aku nak ucapkan Selamat Hari Jadi kepada Aynn Nabila Ruslan. Aku tak pasti nama dia memang dieja se-moden itu atau tak. Tapi, apa-apalah sebelum aku terlupa. Nak post dekat facebook, terasa macam buang masa pulak. Sama. Bukan dia nak layan. Macam aku, aku tak layan sangat orang wish sebagai 'wall post'. Aku nak hadiah!

Taklah. Mungkin ini terbit dari hasil tulisan yang seberapa ni pasal anak gadis ni. Kejap perempuan Melayu, kejap ini. Tapi afterall, sungguhpun Aynn ni bukan kawan baik (by means of sharing problems, jumpa lepak bual) aku sangat pun, but then, dia adalah seorang yang awesome. Bukan nak buat post special untuk dia, tapi aku rasa dia adalah sesorang yang penting jugak dalam catatan hidup aku.

Tabah.

Aynn memang tabah. Masalah dia macam macam, dan since aku ni jugak follower blog kakak ni, so kenal la sikit sikit. Yang pasti dia bukan pewayang. Menipu. Hipokrit. Bukan dia, iA, sepanjang yang aku kenal. Walaupun dari masalah temeh macam putus dengan Boifren dia hinggalah ke pemergian ayahandanya ke Rahmatullah, aku tahu sangat, mengharunginya bukan senang. Mengharunginya satu perkara yang sudah susah, keluar dari kepompong satu lagi masalah yang susah. Aku masih bergelumang sedikit sebanyak dalam tampuk yang sama. Sekali lagi, bukan dia, iA, yang aku kenal. Respek. Dia Alhamdulillah begitu komited dengan pembelajaran Akhirat. Dia bersyukur kerana itu. Aku? Mahu, tapi masih jauh. Hati hitam lagi.

Dia pun kawan Lee. Agak kenal la si LDP sengal ni. Anyway Aynn, all the best dalam study, sebab hang lain daripada yang lain, sikap anda sangat lain. Bukan tipikal top student yang pernah aku kenal. Urm, aku bukan nak doa sangat benda benda lain, cuma satu je, istiqamahlah dalam mendapatkan hidayah Allah. Sesungguhnya, perkara yamg paling dikhuatiri adalah apabila Allah menarik balik hidayah yang diberikanNya sebagai satu ujian. Ada betulnya cakap Wardina Safiyyah. Aku ingat sampai sekarang okeh?

Tadi keluar pergi belah belah. Final beli belah di bazaar Raya. Rugi la kalau nak dekat Raya tak pergi bazaar Raya. Macam membazir, tapi, sekadar menuntut tuntutan budaya. Kopiah aku macam awesome, tapi aku sebenarnya cari yang lagi awesome. Tapi okehlah setakat itu. Aku cari sebenarnya cari yang pelik pelik. And aku ada beli hadiah 'Malaysia'. Baju Melayu Johor. Untuk lecturer aku, mewakili sekalian pelajar Malaysia Islam kelas aku. Lecturer aku yang aku syak sebagai pemegang ajaran Syiah, bernama Dr. Habib Jamil, orang Arab Iraq. Dia hebat, barangkali seorang cardiologist. Dia memang suka mengajar kitorang sekelas, so tak salah la kan, nak bagi sebuah token penghargaan. Banyak perkara yang diajarnya sangat membantu kepada praktikal aku di Hospital Kepala Batas. Mungkin dia akan kejam dalam pemberian markah kepada aku, tapi, apa yang penting, aku belajar.

Antara perkara yang aku ingat mengenai halangan untuk seseorang insan dalam pembelajaran/pendidikan ialah 'takut akan kegagalan' manifestasi psychologist Skinner. Aku takut akan kegagalan. Sebab itulah tak pernah sedar apa yang aku belajar. Next semester, biarlah gagal, janji ilmu itu aku dapat. 'Biar gagal' bukan bermaksud aku tak bukak buku, menaga vodka, skype, tengok EPL. Usaha penuh, redha result, koreksi. Semester depan semester serius. Tapi aku takkan ambil serius. Go with flow :)

Kalau nak diikutkan, aku macam nak baca buku pink tuh sampai habis, tak nak gerak mana mana. Tapi apakan daya, penat satu hari aku lena. Bukan penat yang menyebabkan aku lena ye, tak. Aku lena sampai penat. Jam betullah!

Wasalam.

P.s: Aku akan rindu rancangan TV3 :(

1 comment:

aynn nabila ruslan said...

nak nangis lah ! thanks rooney, selamat hari raya, selamat menjadi 3rd year yang berdedikasi like always :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...