Salam,
Dengan ini saya sukacitanya ingin memaklumkan bahawa, pada tarikh 20 May ini, saya mengisytiharkan Volgograd sebagai rumah kedua aku (my second home). Pengalaman yang sangat tidak dapat dilupakan, dan insya-Allah, akan berterusan hingga ke akhir tahun pengajian aku kat sini. Kepada yang suka study tak henti-henti, sila jangan jeles, atau paling kurang pun, jangan mengumpat aku dapat pergi Fizkulturnei Vecer atau Petang Jasmani (?). Terlampau banyak sangat acara hari ini, and plus memandang terdapat beberapa symptom seperti hari ini jugak aku kena amek test Biokem yang kedua tuh, and plus kelas Bahasa Rusia 4 jam (seriously boleh bunuh diri 4 jam) and plus kelas Microbes, sudah lebih daripada cukup untuk aku decide nak bunuh diri atau tak pada hari Jumaat ni. Selamatlah aku masih ada Iman dan Islam. Walaupun sedikit. Heh.
So, senang cakap, beginning of the day, semuanya start dengan penuh dukacita. Semua seolah-olah serba tidak menjadi, and and and, time rasa sangat lambat hari ni. Gila benci aku. Aku buat countdown time kelas, setiap saat aku perhatikan jeee, and KONFEMlah lambat kan, kalau asyik usha timer tuh jeee. Heish. Tapi, senang cakap aku tak suka hari Jumaat la, tak rileks langsung. Okeh, habes buat koloq Biokem, terus aku bergegas ke rumah, nak amek kamera la katakan. Bukan apa, bukan senang aku nak dapat benda free. Eh, aku tak cakap lagikan apa benda yang free kan?
Macam ni, hari ada acara Petang Fizkultura tuh kan, so, dia menjemput kesemua students, baik Russians, baik zarubezhnii (international) yang mana contribute kepada university dalam memberi kemenangan dalam sukan atau acara non-academic kat universiti ni. So, since aku dalam team badminton, aku adalah sangat lucky untuk join acara yang pada mulanya (jujur ni, betul) aku ingat sekadar pergi, duduk, jumpa lecturer (prepodavatel) then out. Uihh, tersasar jauh, sebab aku tak expect pun ramai, and aku tak expect pun ferry/boat yang aku naik tuh, besar gedabak. So, tujuan kamera tadi (lari point sikit tadi) adalah nak tangkap gambar bersama prepodavatel aku, Misha (lelaki) namanya. Maklumlah, anak pertama dia sama birth date dengan aku (this year kot baru dapat anak XD ). Bangga bangga, bapak main badminton, mesti anak pun main nanti. Hee. Nama anak dia aku tak ingat.
Tapi sesampainya aku kat sana (setelah penat berlari macam kena ligan anjing), dapat jugak aku naik kapal tuh. For free, makan free, sapa boleh tolak bep. Mula-mula cam dull, so aku assumed acara ni formal and sangat dull. Adalah lah penyampaian hadiah mula-mula, selang seli dengan nyanyian dari Russkii. I've got to admit this, keyakinan orang Rusia adalah sangat melonjak, kalau nak dicompare dengan Asian, itulah bezanya Rusia dengan Malaysia. Malaysian ada perasaan malu, especially Melayu. I mean kadang-kadang malu tak bertempat, bila ada time, malunya tak pulak datang, gedik sana sini, MEHHH. Russians adalah sangat berkeyakinan tinggi, and multi-talented. So, today aku pun pasang niat, aku kena tangkap gambar dengan perempuan muda Russki, at least sekali, since aku tak penah tangkap gambar ngan diorang lagi. Sedih okeh, rasa mcam stay kat negara orang, tapi macam buat hal sendiri je. So, that's it, kali ni aku akan beranikan diri, buang malu, biarlah nak merah mana pun telinga aku. Heh.
Tapi adalah susah nak approach. BETOLLLLLL. Sebab semua pakai pakaian yang buat aku tergamam. Erkk, normal la orang Rusia sebegitu pemakaiannya. Nanti aku letak few gambar acara tuh. Gambar aku tak banyak sebenarnya, tapi, video banyak, sebab nanti aku nak letak dalam account you-tube aku. Hoh. Boringlah gambar-gambar, typical sangat. Hui hui, tak sabar tak sabar. And btw, aku tak letak gambar aku ngan orang Russki, adalah sangat awkward. I mean russkii perempuan. Nak ke tengok??? pfft. And (lupa pulak flow event) lepas jeeeee jamuan simple (makan cheese dengan roti dengan air kosong je, gamaknya, itulah makan ruji orang Russia, mana ada kompleks serving kat sini), terus ada party besar-besaran. Atas kapal. Macam-macam acara ada, semua seronok. Tapi aku malu lagi nak join. Maklumlah baru dengan budaya baru kat sini, tak nak pula terikut-ikut, tapi ingin tahu. Biasalah, bila melibatkan orang Russia, semuanya pasal tarian, dance, techno and of course tanpa batasan pergaulan, lelaki perempuan bebas. Nak marah? Itu dah memang budaya diorang. Kalau bergambar, diorang siap tarik tangan lagi. Macam normal gila benda-benda macam ni. Arak (tadi ade champaigne je) macam macam. Kalau nak 'cheers', diorang cakap "Joemsya!!!" (lebih kurang macam tuh la aku dengar). Haha, tahan gelak jugak aku tadi diorang lawan sape cakap JOOOOOOOOOOOOOOOOEEEEEEEEEEEMMMMSYAAAAAAAAAA!!!!! paling panjang and kuat. Ktorang siap cakap dalam bahasa Cina lagi. Eh, btw aku tak minum, jangan risau, aku takut api neraka woh.
Itulah sedikit sebanyak, memang aku happy hari ni akhirnya aku mengenal budaya muda orang Russia, di mana selama ini aku beranggapan kehidupan mereka cumalah lame, iyelah, tak macam Americans. Suka sangat sangat yang aku tahu orang Russia sangat friendly, cikgu-cikgu friendly and sangat sporting. Hehe. Terima kasih semua, spasiba fsemmmmmmmmmmm za zamechatelni vecer !!!!
p.s: jangan bangga dengan buat dosa
p.p.s: panas semakin membuak di kalangan orang bukan Melayu. Setiap orang ada limitnya bang, ye?
p.p.p.s: sila tontoni video dari Dr. Asri, di mana dalam tuh ada tetamu jemputan iaiti ex-rockers KamiKaze. Best dapat tahu bagaimana dia mendapat hidayah dari Allah. Subhanallah!
Okeh ini beberapa keping pictures:
|
Kolya (lelaki bersweater) adalah antara teammates badminton uni aku. Dia memang sangat suka bertegur dengan ktorang. Perhhhh, friendly jugak kan? |
|
Dua orang ni adalah newbies dalam badminton. Diorang jenis gigih la bab-bab training ni. Badan yang kiri tuh macam gajah. Besar. BUkan besar gemok, tapi besar macam OGRE la. Viking punya olang lo!!! |
|
Ini lah Misha atau nama betul dia Mikhail. Macam tak percaya kan dia baru dapat anak pertama kan? Tapi tulah culture orang Russia. It is a part of family planning. |
|
some random chicks. haha. |
|
Inilah yang Alan tergedik-gedik nak tangkap gambar tadi. Haha, sebab Alan tergedik-gedik, aku pun tergedik-gedik jugak tangkap gambar ngan dia. Haha, nak tengok? Blahhhh. Haha. Mak aku jee boleh tengok, kot kot boleh buat menantu (?). Tapi dia ni multi-talented okeh, dia adalah salah seorang pelajar Ruski yang cemerlang akademik, and PLUS pandai bab organizing. Dia pemenang kategori pelajar cemerlang dan multi-talented Volgograd (inter-uni). Sila respek sikit kat si comel ni ye? Dia punya suara sedap. Kalau datang Malaysia, sah sah la cahmpion. |
|
Kononnya, pediatrician berjaya. Blueh. |
|
Budak tuh mulanya aku nampak muram. Tapi lepas bergambar ngan ktorang berbanyak-banyak keping, dia sukeeeee la pulak. Takpe, asalkan ko comel ye budak. Besar2 jangan nak menari-nari sangat macam kakak-kakak ko atas kapal tu ha. Yang mamat russki tuh adalah ayah dia. Pakar hal emergency physiology. |
|
SILA CAKAP VOLGOGRAD CANTIK CEPATTTTTTTTTT !!!! Ni time sunset. =) |
|
Motif aku is, tak korang perasan ke dia ni macam Dr. Cuddy dalam citer House tuh? heh. |
|
Random chicks 2. (camera wong) |
|
Anatolii. cikgu yang ajar aku filzkultura. Dia ni sometimes annoying, tapi sebenarnya dia baik, and dia adalah student friendly. students russki, especially pempuan sangat suka ngan dia. dia lawak okeh. sebab tuh kot. tadi saje dekat 10 pempuan keliling dia before ktorang berlepas naik atas kapal tu ha.
aku rasa dah kot. enjoy your weekend. Salam. =)
|
No comments:
Post a Comment