Cavafix - menuntut kepakaran untuk cara pemasangannya.
Sesuai untuk nak tau IBP
"Aku bukan nak bunuh patient la"
Okay, aku rasa aku adalah amat exaggerate bila berjumpa dengan junior junior di MRSM Langkawi, and mengatakan 'tidak' pada yang mahu fly ke Russia. Terasa bingung bukan? Rasa macam pelbagai persoalan keluar, kenapa itu kenapa ini. Kenapa MARA masih hantar ke Russia kalau graduan masih incompetent? Kenapa tak letak je dekat universiti local, stop semua program ke Russia? Lebih jimat bukan?
Okeh disebabkan baru jeee perasan benda ni dekat cBox, and mungkin penulisan ini digunakan untuk jangka masa yang akan panjang, so post kali ini disediakan khas untuk para penuntut yang bakal ke Rusia mahupun yang masih bercadang nak ke Rusia, ataupun, masih terpinga-pinga kenapa itu dan ini. So, meh, sini penulis cuba jawab.
Pergi ke Rusia ni, ada pros and cons. Semua benda ada pros and cons bila melibatkan pilihan keduniaan. Susah. So, basically pros untuk Rusia ni bukanlah yang medik (macam latihan mantap, pengajaran mantap, pentaksiran kualiti yang mantap), banyak berkisar mengenai budaya, sosial. Banyak kekurangannya lagi. Aku bukan nak complaint dekat sini, tapi nak bagi korang semua pikir, apa yang kurang dekat sini before putting your future at stake.
Takpelah, biar aku start dengan the 'bad news' dulu.
1. Cabaran untuk post graduate Rusia adalah sangat besar.
Setelah menghadiri talk daripada senior HO dan MO, sememangnya cbaaran graduan Rusia adalah dipandang enteng oleh para MO setelah tibanya kita menjadi doktor ketika Housemenship. Ini bukan soal pandangan, ini soal psikology kita. Bukan mustahil, tapi BERAT. Cabaran tuh terlampau berat. Anda sanggup dimaki hamun MO? (walaupun graduan lain pun sama, but lot less la)
2. Sistem pendidikan Rusia masih lemah dalam melatih pemikiran kritis.
Mana ke taknye, subjek sampah macam philosophy pun dibuat subjek exam. Sangat buang masa. Tapi, again, tu bukan point aku. Sepanjang aku belajar, takde sekali pun aku diberi set set soalan untuk dijawab, especially versi subjektif. Jawab oral adalah sangat abstract, banyak faktor mempengaruhi keputusan, termasuklah kehenseman dan jugak kelancaran bercakap BI. Jawab secara oral, menjadikan sesuatu perkara not spesifik, kita cerita sekadar apa yang kita tahu. Tak macam kertas subjektif atau esei. Cara ini jauh lebih efektif, khususnya kepada pelajar dari Malaysia, sebab bertahun-tahun dididik dengan cara dan system 'on paper' ni. Jika oral, menjadikan student lebih cepat 'baca dan lupa'. Lain.
Berlainan dengan cara Russian belajar, mereka yang terbiasa jauh lebih effisien dengan cara ini.
3. Masih banyak kekurangan dari segi tenaga pengajar.
Tenaga pengajar yang berada di Volgograd State Medical University (terbatas sekadar di uni aku je ni, yang lain aku taktau) varies antara satu sama lain. Tidak ada satu sistem pemantauan penyelarasan bagi apa yang diajar oleh guru. Kalau dapat cikgu malas, malaslah anda, buat apa study, kalau harapkan self-initiative, hanya 50% je apa yang ada dapat sebab takde guide lecturer. Kalau dapat cikgu rajin/tegas, anda mungkin dapat 80%. Selalunya pihak admin uni akan bias, yang non-scholar diletakkan lecturer-lecturer yang merepek ni la, yang scholar, cikgu best-best.
Sampai bila nak bertahan dengan self-initiative?
4. Gila duit.
Ini fakta yang tak boleh disangkal oleh tipikal minded Russian ni. Mereka berfikiran capitalis, pembolot oppoturnis terhadap setiap peluang dan lubang yang ada. Kamilah sumber kewangan, apa yang dibuat? Charge itu dan ini dengan kadar yang tidak munasabah e.g: yuran asrama, translate sijil wth, paksa buat praktikal di Rusia (dapat 500 $USD per person, selamat dah dibatalkan, buang duit kerajaan).
5. Makanan
Bab makanan dekat sini takde masalah, so sesaja tulis nak bagi orang marah. Haha.
6. Batasan bahasa.
Perkara ini jelas dilihat bagi yang English medium dekat sana, like me. Bukan tak belajar bahasa, bila dah susah nak cakap, kita tend rasa malas nak bertanya, kekadang bila diterangkan kepada kita guna bahasa dia, susah nak paham like 100 percent. Ini terbukti ye, bila aku dapat rasa beza time buat praktikal dekat hospital dulu, like every single thing yang diberi tahu, masuk sebiji sebiji dalam kepala. Tapi ni bukan alasan kukuh, but still satu faktor.
9. Fasiliti yang mengejutkan.
Pernahkan anda terbayang hidup tanpa aircond time dalam kelas ketika di Malaysia pada suhu 37 degree? Tak kan? Ini bukan takat takde air-cond, kipas stand pun takde dalam kelas, apatah kipas gantung tuh. Tak selesa, tak selesa. Hidup tempat komunis itulah.
10. Takde assignment.
Memang agak bodoh kan benda ni. Maksud aku, akulah yang bodoh. Orang Malaysia kalau boleh taknak ada assignment. Aku sebenarnya suka gila assignment folio folio ni semua. Kata nak jadi doktor, assignment tak suka, boleh pegi jual cendol dekat penang la. Assignment penting bagi aku untuk ada ilmu tambahan. Cuma jangan assignment overload. Tengok, sekarang ni, mana ada assignment, otak aku kosong, last last aku yang buat assignment aku sendiri. Senang tak?
11. Exam?
Exam ni tak ubah berkepentingan sekadar untuk tidak fail, kalau berjaya, dapat sijil. Membawa maksud? TAK SAMA SEKALI. Dapat cemerlang tapi tak tau apa yang dipelajari, tak dapat nak apply apa yang dipelajari. Ktorang mana ada biochemical problem base questions, or whatever else. Sebab itulah aku cakap ktorang kurang KBKK. KBKK penting untuk apply apa yang dipelajari. Otak aku semakin tumpul sekarang, sekadar baca, hafal, terang, baca, hafal, terang, in the end lupa. Skill problem solving takkan hilang. Bukti? Banyak fakta atau skill soalan dari exam SPM dulu aku mampu ingat, sebab banyak sangat jutaan latihan. Sekarang sapa kata exam-oriented education Malaysia takde effect langsung? (masalah method ni cuma kurang in term of soft skills la). At least not both skill and theory kan?
The good news are:
1. Graduan Rusia adalah paling adaptive.
Ini fakta dari Dr. Syukri senior MO, di Hospital Kuantan, Pahang. Memang kami boleh survive (insya-Allah) 6 tahun, so alam di Malaysia ni, ape la sangat.
Just kena ingat who we are, and maintain our good attitude. Jangan keje nak tindik sana sini, pakai entah apa apa, pastu nak jadi doktor?
2. Ade je graduan Rusia yang bagus.
Bila benda depends on self initiative, memang akan ada margin banyak, antara yang nak dapat 'Dr' dengan yang nak beli 'Dr'. So, mungkin 20-40% menjadi graduan yang baik, theorynya mantap. Itulah yang dikatakan dengan attitude. Maintain a good attitude.
3. Hidup kau ni plain gile ke?
Ini soalan yang harus nak ditanya bagi setiap yang membaca. Hidup kite ni, apa yang kita mahukan? Nak jadi doktor, pastu? Kaya? Pastu, kawen? Pstu? Melancong suka ria satu dunia? Pastu?
Bagi aku, aku memang agak menyesal, pada sama aku syukur, aku redha. Best pulak bila datang Rusia ni. Hidup aku tak plain. Aku nampak orang yang lagi susah dari aku, hidup dalam rumah yang jauh lagi kecik dari aku. Lebih kenal Malaysia di Rusia. Aku suka konflik, aku suka susah. Sebab setiap satu itulah graf hidup aku ada banyak liku. Bukan sekadar prestasi aku naik jatuh, bukan sekadar gred markah aku 4.0 setiap semester. Itu semua plain.
Hidup aku bukan nak jadi doktor je, aku nak jadi manusia. Doktor cuma tugas kecik aku.
The end.
Untuk soalan 'kenapa tak stop buat kat uni local je?'
Cuba tanya diri anda, anda nak study dekat oversea atau tak? Mesti nak kan? Same goes here, Rusia adalah destinasi pendidikan luar negara yang murah, especially untuk ijazah kedoktoran (medical degree, M.D). Mana ketidaknya, seorang hanya 200k-400k. Murah bukan? Mungkin lagi murah dari Malaysia, mungkin. Cuba compare dengan Ireland, UK. Mana lagi murah? Ireland, untuk College of Trinity, seorang pelajar dikenakan kontrak 1.2 juta MYR. 3 students boleh dibiayai jika menuntut di Moscow, apatah di Volgo, mungkin mencecah 6 orang untuk 1.2 juta MYR tersebut. Logik?
Lagi satu, once polisi MOU yang ditandatangani inter-kerajaan yakni antara Rusia dan Malaysia atas satu pertukaran barter, menjadikan wajib ada student dihantar ke Rusia. Ada logik?
Okeh harap artikel ni akan dimanfaatkan, kalau ada idea lagi, saya akan topupkan. Kalau ada sumbangan ilham atau nak tambah apa-apa, sila komen di bawah. Sekiam.
Wasalam.
Piau (kucing penulis) kirim salam
Location:Rumah saya
1 comment:
kesimpulannya:
FLYLAH KE JEMEN.
sekian.
Post a Comment