Wednesday, August 24, 2011

Countdown 7 | Puing puing

Salam,

So far, gimana sih blog aku? Sudah cantik kan? Penat okeh aku pikir tema macam macam. Susah nak feel, susah nak bayang perasaan yang cuba digambarkan. Suasana hari raya. Dah rasa dah suasana itu. Rindu sangat sewaktu kecik kecik dapat kutip duit raya. Best. Bukan duit yang dicari (tipu), tapi nikmat rondaan dari kampung ke kampung itu yang paling dikenang. Kedekut. Perkataan common yang keluar dari mulut tatkala pak cik tua memberikan duit cuma 10 atau 20 sen.

Kecik kecik dah judging. Budak alaf baru.





Sebab itulah tema blog aku kali ni 'Klasik'. Bukan Asam Pedas ABC dalam Peti Sejuk -.-". Dulu rasa semuanya indah, sungguhpun duit tuh sikit je dapat. Asal menang dengan adik sudah la. Padahal, pau duit dia 10 ringgit kata hutang cukai segala bagai. Abang mithali kena la buat macam tuh. Peace. Dulu kalau masuk rumah, konfem kena paksa makan. Ana conversation biasanya dimulakan oleh pak cik pak cik:

"Anak sapa ni? Lawa baju dia! Meghelit pada!"
"Anak Hasan Omaq..." (meratah rendang muka terpaksa demi duit)
"Hasan...er...Hasan Omaq? Hasan mana satu tatau?"
"Alaaa, Hasan anak Omaq Panjang kat Matang Saga tu..."
"Owwhh anak dia ka....!!!" (and interview goes on bla bla).

Pelik. Masyarakat zaman sekarang dah lain. Standby duit, and belah jauh jauh. Itulah tuan rumah zaman sekarang. Layan macam tak nak layan. Adab kejiranan yang semakin dilupakan ibarat apoptosis sel dek nyah fungsi. Kampung aku dah lain sekarang. Ada orang kaya yang tidak suka berjiran. Ada pokok rumah jiran yang terjuntai masuk ke dalam kawasan rumahnya, dipotongnya . Pintu rumah ditutup rapi setiap masa. Balik kerja, tutup pintu. Hidup macam rumah itu office. Sedih. Sampaikan anaknya meninggal dunia, tiada orang mahu pergi ke rumahnya untuk membacakan tahlil di rumahnya. Bukan sebab tidak mahu, tapi segan. Orang kampung segan nak bertegur sapa.




Ada orang cakap, kalau nak berjiran macam ni, boleh la beli rumah taman-taman dekat Penang. Mati kambus sendiri. Ada betulnya jugak kan? Ambillah pengajaran. Bukan rekaan. Kenyataan yang masih berlaku. Hukum sosial tidak menuntut dua perkara- kedekut, dan berkira.

So sempena beberapa hari terakhir aku di bumi Malaysia ni sebelum berangkat ke Rusia balik (insya Allah tahun depan balik lagi untuk practical yang lebih extreme), aku nak buat daily post, plus few pictures. Esok nak pergi ambik dua orang adik aku, dekat sekolah sains pokok senasatu, and yang dekat MRSM Langkawi satu. Btw, adik aku, Hilmi (saina) dapat 8A 1B untuk trial SBP baru baru ni. Alhamdulillah. Clearly, dia berbeda dari aku. Aku dulu kimia yang B, dia tak. Cuma Bio. Subjek yang aku tak minat dulu, tapi boleh score.




Sekarang tak dah. Bio bercabang cabang. Potensi nak lulus tuh, 0.00000001%. Nak fail tuh, 99.9% la. Macam aku. Bengap macam ni kan. Hari ni aku dekat pejabat abah, ingatkan nak shopping(?) stokin dekat Jusco. Alah dekat SoxWorld, Jusco. Last last end up tidur (4 jam) and then bangun retype balik jadual kuliah time 3rd year nanti. Kali ni aku teliti betul betul jadual tuh.

PENAT!

Konfem third year akan menjadi tahun paling penat. Pergi 8 pagi balik 4.30 petang. Pergi 8 pagi balik pukul 6 petang. Kerja gila. Dengan subjek sampah yang banyak. Biasalah Philosophy. Subjek konfem fail aku nanti next semester. Meluat betul!

Btw, dalam beberapa hari lepas, aku pergi ke KPN Specialist Hospital. Masalah kesihatan aku agak merisaukan. Sebab itulah kena buat check up. Aku pergi check. BP aku high. 140/90. Moderately high. Urine and blood test shows no problem. Except, blood lipid profile. Merisaukan. Triglyceride, HDL, LDL, cholestrol level raised above than normal. Doctor cakap normal la. Plus, aku memang makan banyak balik ni. Berat aku tadi timbang adalah 77.6 kg. 2 hari lepas 74.1 kg je. Takkan la cepat sangat?

I seriously need to exercise, puasa, exercise. Cardio exercise would be appropiate. Bukan apa, takut masalah kesihatan. Huhu.

P.s: Aku dah bet dengan Alan kalau dalam masa 3 bulan aku dapat turunkan 8 kilos, he has to buy me a new Hard Rock t shirt. If not, otherwise wpuld happen =\. He seemed so angry. Konfem merosot game aku nanti.

P.p.s: I seriously need someone to motivate me. Kenapa tak muncul muncul jugak orangnya?

P.p.p.s: All my life, I couldn't get anything I want. Yet, they, who want me, always hiding behind. Afraid to say so. So be it. I am alone la macam ni susah la. Say to me. Before it's too late.

Wasalam.


Piau (kucing penulis) kirim salam

Location:Rumahku

1 comment:

Khadijah Iderus said...

owh, sos ABC pedas manis dh lama habis, aku tukar name blog ko jadi full milk lah. Moga ko cepat kurus dengan itu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...