Thursday, July 7, 2011

Ini hidup kita, hidup mereka.

Salam

Hidup kita berbeza dari hidup mereka. Hidup kita tampak moden, tampak bertamadun. Hidup mereka sungguhpun mudah, makan, minum,tidur. Hidup kita penuh kompleks. Itu hidup mereka. Ini hidup kita.

Hidup kita yang kita bangga dengan AKAL kita yang hebat. Kita menemplak mereka, membezakan darjat kita dengan mereka. Mereka tidak punya ilmu, kita punya ilmu. Ya, mereka bodoh, mereka tidak terurus, kita melebihi segalanya.

Seringkali sepanjang hidup aku, dirakamkan dalam bentuk perbandingan- kits dan mereka.

"Jangan jadi bodoh seperti lembu"
"Jangan lembab seperti siput"

Provokasi kecil, betapa angkuhnya kita meletakkan kita pada satu aras yang berlainan. Kita tinggi mereka tidak.

SEDARLAH KITA SEBENARNYA JAUH LAGI BODOH BERBANDING MEREKA. JAUH LAGI HINA BERBANDING MEREKA. Realiti?

Inilah reealiti.

Lihatlah dimana kita? Makhluk yang berakal? Bertelagah di sana sini dengan ideologi masing-masing. Engkau betul, engkau salah. Lihatlah mereka. Ada perpecahan, ada kebencian.

Kita makhluk yang penyayang? Berapa ramai anak kita terbuang hasil zina.

Kita makhluk berpengetahuan? Lihatlah betapa berpengetahuannya kita pabila kita ditipu mudah.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...