Salam,
After much yawning in my father's office, I stood up and decided to blog something out. Actually I wanna do something way more beneficial, but, urgh, it's a karma when we want to do something that is good, then after that we'll feel totally super boring.
Anyway, actually I have lots to blog about. But, at the time I have the idea and the mood, my lappy isn't there. Oh wait, I think I'm gonna watch Transformer 3 today at Jusco nearby my father's office. I'll start my practical next Monday. To be honest, I'm quite eager to do the practical even though the foods crying and begging for me everyday. But, anyway, I've nothing yet to eat much. Everything were checked in my to-eat-list. Roti canai, nasi arab somewhere at Kampung Pandan KL, bigMac, capati, almost everything that I've been dreaming for almost a year there in Volgograd, I've ate them all. In 3 days.
Talking about foods is pretty boring. Let's talk about something that makes people hates me.
Ini pasal BERSIH dan pendirian si penulis mengenai BERSIH. Amaran, segala pendapat yang dikeluarkan dalam post kali ini hanyalah pendapat peribadi semata-mata dan kalau nak judge-judge la, kalau anda tersalah judge saya dapat pahala jugak. Haha. Tak lawak.
Okeh secara umumnya pendirian si penulis mengenai bersih ni satu je- Matlamat murni, perlaksanaan tidak kena. Senang bukan? Salah bukan?
Apa-apa je lah. Tapi bagi si penulis, isu bersih ni sudah menjadi-jadi, yang lagi peliknya, penggerak utama bersih ini adalah dikalangan orang-orang muda yang masih sedang menuntut, masih lagi mentelaah pelajaran, pemikiran pun belum matang lagi mengenai kehidupan dengan dosa masih lagi bergelumang. Ini realiti. Tapi tak salah menceburkan diri dalam politik, selagi mana ia tidak memakan diri dan sistem sosial komuniti Islam. Pelik bukan, sasaran bersih ini kebanyakannya didokong oleh orang Islam itu sendiri, dicetuskan oleh orang bukan Islam, didana pun oleh orang bukan Islam. Pelik kan? Selepas banyak pembacaan dan juga beberapa kajian yang dilakukan orang melalui youtube, blog, end point masing-masing adalah- ada yang bersetuju, ada yang tidak bersetuju.
Cuma si penulis merasakan kunci utama kepada segala naik turun perkara ini adalah satu- Rakyat Malaysia tidak tahu bersyukur. Ye, TIDAK TAHU BERSYUKUR. Atas segala kesenangan yang dinikmati, tiada sedikit inisiatif untuk mengucapkan terima kasih kepada yang berbakti. Sekolah, pendidikan yang serba lengkap. Memang agak mengecewakan, tapi biasalah, tanyalah pakcik-pakcik yang biasa susah dahulu, mereka lebih kenal erti kesusahan. Rakyat Malaysia lebih bersifat rebellious, iaitu sifat suka menentang, walau tanpa ada sebab sekali pun. Ini terbukti apabila perkara sama dituturkan oleh Tun Dr. Mahathir. Biasalah, kesenangan semakin hari semakin tidak pernah cukup.
Satu perkara yang sering menjadi persoalan. Adakah erti bersyukur bermaksud hanya redha dengan ketidakadilan serta korupsi yang berlaku? Seringkali dilaungkan perkara yang sama "Kami mahu menjadi negara Malaysia lebih baik, bukan tidak bersyukur". Sedarlah, soal perubahan, demonstrasi yang tiada kesudahannya melainkan melagakan sesama umar Islam tiada gunanya. Tuntasnya, apabila dilihat melalui kesediaan pihak untuk menyediakan sesuatu yang jauh lebih aman, tiada perbalahan, tiada kekecohan pada satu ketika dulu, ditolak atas alasan mereka-terlampau-pengecut. Sedih, ini ayat kebanyakan anak muda yang si penulis nampak sendiri dalam laman keterbukaan suara, Facebook. Mujurlah, pihak Ambiga, telah memutuskan satu keputusan yang tepat semalam, dengan membuat demonstrasi di stadium seperti mana yang dirancang sebelum ini, atas titah yang DiPertuan-Agong.
Semalam polis berjaya memberkas beberapa orang di Kuala Lumpur atas kesalahan menyimpan barangan berupa molotov cocktail bomb, berbilah-bilah parang, KHAS DAN KHAS untuk BERSIH. Mujurlah episod ini sudah berkesudahan atas kesedian pihak kerajaan untuk membuat perbincangan semeja bersama Ambiga (pengerusi BERSIH) dan juga dengar katanya, dengan yang diPertuan Agong.
Nampak kan? Bila si penulis membuka laman facebook, perlbagai artikel dikeluarkan, semuanya melabel Malaysia ini seolah-oleh tempat neraka. Mungkin si penulis orang Melayu, kurang memahami apa yang dirasakan oleh orang bukan-Melayu, tapi ada perkara yang mampu diperbaiki dengan cara yang lebih baik, sebab kita generasi yang jauh lebih baik, dan bakal memimpin masa akan datang. Untuk si penulis tidaklah selayaknya untuk menjadi pemimpin, pemimpin memerlukan karisma, si penulis hanyalah seorang penutur yang ada hak untuk bersuara. Namun begitu, adalah lagi sedih, si penulis merupakan seorang yang lebih sayang hubungan sesama kawan, sesama Islam, apabila dilihat dari segi politik, kawan sendiri MENIDAKKAN, MEMBENCI KAWAN SENDIRI, MEMPUAKKAN KAWAN SENDIRI, MENYINDIR KAWAN SENDIRI, tanpa ada sebarang perilaku memikirkan sentimen perasaan orang lain. Dahulunya, politik nabi menyatukan orang, sekarang, even selepas pemergian Nabi Muhammad, fungsi politik itu berubah serta merta, MEMECAH BELAHKAN ORANG. Padalah Islam yang dilaungkan itu cakapnya nak bersatu. Ini bukan nak menyebelahi mana-mana pihak. Kita fikir sendiri.
Mungkin si penulis bernama Hafidz iaitu, 'memelihara', menjadikan sifat memelihara itu lebih keutamaan sepanjang hidup si penulis.
Ini cuma leteran si penulis tanpa sebarang susunan point yang sistematik. Kalau ada masa, penulis kemukakan secara point. Cuma sekarang not-in-the-mood. Tapi ingatlah, matlamat tidak menghalalkan cara. Banyak penulis diluar sana, menginterpretasikan hadis, Al-Quran, karya Islami berdasarkan matlamat masing-masing, baik kepada yang kanan, atau kepada yang kiri. Akhirnya dimana kita?
BERPECAH.
Sekadar coretan kecewa yang tak mampu diluahkan secara umum di Fb. Salam.
p.s: banyak artikel apabila bercakap mengenai hak orang Melayu, pada dasar penulis artikel tersebut hanyalah hendak menyuarakan kesamarataan hak dalam biasiswa dan sebagainya. Tapi, cubalah baca komen-komen dibawah tersebut, ada atau tidak orang yang terus membenci Islam dengan lancangnya mengatakan Islam agama penipu? Mengutuk orang Melayu Islam sebagai bodoh dan pemalas? Dan komen itu semua dari siapa? Ini orang yang nak memperjuangkan kesamarataan hak dengan hak orang Melayu?
Di mata penulis. TIDAK. si penulis lebih rela berkongsi dengan orang yang tiada dakyah agama, tiada dakyah racism. Kalau kata hendak sama rata, act like one, jangan membenci sesama kaum.
p.p.s: ketika berada di Volgograd, banyak hadis dan ayat al-Quran dikeluarkan semata-mata untuk pilihanraya kecil MSA melalui usrah masing-masing, batch masing-masing, mengecam seorang pemimpin yang tidak beragama Islam, dan meletakkan hanya kita PATUT mengundi orang yang beragama ISLAM. Tapi bila balik kepada perihal Malaysia? MANA HILANGNYA HADIS DAN AYAT-AYAT ITU? Kita tunduk dan bersikap matlamat menghalalkan cara. Again.
p.p.p.s: kepada yang ada pendapat, kalau hendak berkongsi, ada yang mahukan perbincangan, si penulis mengalu-alukannya dengan berbesar hati. iA.

1 comment:
nice one bro!! really agree with ur sarcastic point...
Post a Comment