Wednesday, February 2, 2011

Kawan Dulu

Okay, hari ni dah jadi dua posts tak pepasal. Pahamkanlah keboringanism yang melanda seluruh jiwa dan raga, argh argh frustrated. brrf brrf. Tadi tengah main ngan kaucing, tetiba aku teringat kawan semeja time aku form 3 dulu. entah mane eh derang sekarang. sedar tak, (or maybe tak sedar, sebab aku je yang jenis ni), setiap kali aku move on to another phase, aku akan lupakan terus sape yang penting bagi aku dulu, yang penah tologn aku dulu, sape yang selalu aku lepak-lepak sembang-sembang dalam bilik dulu. seriously, is it proving me something like, am i a hypocrite or selfish? sebab, aku totally macam tak amek kesah dah sesape yang rapat ngan aku dulu.

kecuali budak langkawi, sebab, macam baru lagi. aku rasa 90% konfem yang aku akan tinggalkan memori budak langkawi nanti time aku dah start keje. or tak. tapi orang2 yang aku cakap is budak mrsm pasir salak. yeah i know, mrsm pasir salak sucks for me kan, but nevertheless, 3 years sebenarnya banyak jugak kot kenangan. yang tak berapa kenangan sebenarnya. nothing sweet except aku lost beberapa kawan baik aku dulu. mana hilangnya firdaus dagu? tengku amirul (balik harituh baru dapat jumpa)?, syafik ramli? and sabri (bukan semeja)? Seriously aku tetibe je cam miss derang balik. And the one who made me pop up this is, first tetibe terkenang syafik ramli.

syafik ramli adalah kawan semeja aku, on the front line, kat mrsm ps dulu. semua orang cakap, budak yang sits frontline adalah nerd. TAKLAH SEBENARNYA. empat2 ekor yang dok depan ni semua pemalas. nak nak kelas math, nah, 4 ekor ni depan ni semua tidor je keje. seriously. tak pandai mana pun, tapi tido macam genius ala adi putra. pfft. syafik ramli, aku paling ingat kenangan ngan dia time aku nak amek result PMR dulu. kesian. dia dapat markah yang agak tak bahagia. aku bermalam rumah dia kat Ipoh satu malam kejap. dia memang baik. but malam tuh, dia risau gila dengan result dia, and dia gitau exactly subjek apa yang dia slack. and apparently subjek yang dia target tuh dpt seperti yang dia expected. the thing is, dia sedih, iyelah kan sape je tak sedih, exam PMR dapat teruk, and skali melayakkan dia utk dibuang maktab. kesian. sepanjang perjalanan, aku tak sanggup nak cakap pape pasal markah aku, or result aku. it just, aku gitau aku dapat 8As sudah kat parent dia (since parent dia tanye, dah duk satu kereta). but sadly, kesian die, sepanjang perjalanan tuh, die senyap je, aku tadapat nak backup dia. ayah dia kecewa, mak dia kecewa, and dia asyek kene leter jer. aku cuba back up dia sikit, cam 'pak cik dia usaha jugak, takde rezeki'. but, ayah dia insist 'rezeki itu Allah tentukan atas usaha juga'. I admitted it. memang syafik agak kurang belajar, nevertheless dia bukan kuat main or what ever. dia baik. dia perangai bagus, tolong orang. cuma dia susah untuk belajar, and belajar pun susah.

sebenarnya aku bersalah terhadap dia and jugak sabri. kalaulah aku super genius dapat tolong derang dulu lagi. kalaulah aku dpt luangkan masa lagi banyak untuk tolong derang dulu. dulu aku usaha sendiri2, and paling kuat aku ajak member baik aku, mior nabil. tapi tuh pun since mior jenis ikot rentak aku, cam main2 badminton malam2 sampai kene maki ngan warden, then baru studi tengah2 malam. aku dari dulu lagi kaki stay up, so no wonder kalau aku nak tido lambat2 buka buku, dengan syarat, aku tak tido dulu. klu tak same je. sabri kawan baik aku jugak. dia ni bukan malas. seriously, aku tapenah jumpa orang serajin dia. dia pernah minta tologn member aku ajar dia, studi studi studi and studi la. and aku pun penah diminta untuk ajar dia. aku ajar setakat mana yang mampu. tapi, nasib dia sama macam syafik, dikeluarkan dari sistem mrsm disebabkan markah. sedih. semua ni kawan baik ngan aku, sangat sangat baik. dua2 orang perak. sorang kat kampar, sorang dekat ipoh (syafik). tapi, mane derang sekrang ni? aku sebenarnya, masih terngiang2 ayat sabri kat kepala aku, seolah2 aku masih tak bertanggungjawab lagi kat si sabri ni. dia penah cakap kat aku yang 'aku takkan putus asa selagi aku tak hantar mak ayah aku ke Mekah'. Allahu Akbar! aku sendiri takpernah ada niat sehebat dia ni ketika di usia tuh. entahlah, mana entah si sabri sekarang.

tolonglah, Ya Allah, berikanlah mereka kesejahteraan di dunia dan akhirat, moga mereka peroleh kejayaan di dunia dan akhirat, moga mereka terpelihara akhidahnya dan agamanya, semoga kami dapat berjumpa lagi satu hari nanti. Insya-Allah, Amiiiiiiin. !!!

Salam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...