Thursday, December 8, 2011

Beza dua perbezaan

Salam,

Lega hari ni selepas 3 jam melenguhkan kaki tengok surgery dari awal sampai habis time praktikal tadi. Hari ni ada dua benda penting terjadi.

Pertama:
Perbualan kanak-kanak Rusia 1 (KKR1) dan kanak-kanak Rusia 2 (KKR2) di dalam Trolley Bus ketika mereka dalam perjalanan pulang ke rumah. Mereka berdua mungkin dua adik beradik. Mungkin.

KKR1: "Vot, u tebya chocolad na gube..." [Tu, dekat bibir awak ada chocolate la...] (tegur kakak kepada adik) (dia tergelak melihat telatah adiknya yang comot)
KKR2: "Ouh, spaseeba..." [ouh, terima kasih]

Setelah beberapa lama mereka berbual, aku tersentap daripada lamunan ketika aku mendengar mereka berbual 'ala-ala kuiz'.

KKR1: "Shto takoe yablaka?" [apa itu epal?]
KKR2: "Eta frukt da?" [itu buah, kan?]
KKR1: Mo-lo-dets! [pandai!]
KKR1: A, shto takoe ogurets [apa itu timun?]
KKR2: *Keliru* ...ya neznayu...[saya tidak tahu]
KKR1: Ladna ladna, otvechaite....vspominaite...(takpa takpa, cuba jawablah....cuba ingat balik...)
KKR2: Urm, tozhe frukt *suara slow macam tidak yakin* (Buah jugak kan?)
KKR1: Nyet, eta ovoshy. Ladna, pa luchshee...[tak, itu sayur. takpa, cuba lebih baik]
KKR1: Taksi, eta lichnii ili obshestvenni transport? [taxi, itu barang persendirian atau barang awam?]
KKR2: eta, moi ii tozhe obshestvenni...[itu yang kita dan juga hak public]
KKR1: Nyeettttt! Eta obshestvenni pata muchto vse ispolzuyut vot etot transport. Obshestvenni ot slova 'obsyii'. Pomnite. [bukan, itu barang public sebab semua orang boleh guna transport tu. Ingat, 'obshestvenni' dari perkataan 'obsyii' (awam)]

Tersenyum.

Makcik di sebelah aku pun tersenyum melihat telatah dua orang budak perempuan kecil sedang berbual tentang perkara yang berguna, berpendidikan. Aku terimbau kembali apa yang pernah berlaku sewaktu ketika aku kecil dulu:

Orang 1: Hang tau dak 2+2 sama dengan berapa?
Aku: (sedang mengira guna jari) ...3!
Orang 1: Bodooo!!!

Begitulah telatah rakyat Malaysia, khusunya masyarakat Melayu di kampung aku. Tiada galakan, tiada motivasi jikalau kita sendiri melakukan sesuatu kesalahan. Malah, kalau apa yang betul pula, tiada dipujinya. Lain prinsipnya di sini, LAIN! Mungkin ini satu bibit kecil dalam kehidupan di mana aku sedar, orang Rusia sungguhpun tidak berapa tamadun atau modern macam Malaysia, pengakhirannya, sebenarnya kitalah, kita orang Malaysia yang jauh lebih tidak bertamadun. Lihat saja di dalam bas, ada orang baca buku? Ada orang diam? Atau ada orang atau kanak-kanak bersembang mengenai sesuatu berkaitan pendidikan. TIDAK! Malah, siapa sahaja yang punyai perbualan sedemikian lebih hina berbanding orang yang kerjanya memaki hamun, bergelak ketawa sembang perkara kotor. Sungguh menjengkelkan.

Habis satu cerita, ambillah teladan.

Aku sebenarnya dari dulu ingin berkawan dengan perempuan. Terutamanya time sekolah rendah. Susah sebenarnya nak kawan dengan perempuan. Tapi timbul tanda tanya, mampukah perempuan 'hanya berkawan' dengan lelaki.

Jawapannya, YA! (bagi perempuan), dan TIDAK! (bagi lelaki). Perkara ini ternyata benar apa bila aku sendiri menonton video yang dipost oleh kawan perempuan aku, Lee (sila tengok video di bawah). Kebanyakannya, perempuan semua mengakui mereka lebih selesa apabila lelaki rapat yang bergaul dengan mereka sebagai 'just friend' Ingat, ini dalam konteks 'kawan rapat' bukan sekadar kawan yang terserempak di sekolah yang menegur 'hoi!'.

Personally, aku rasa video ni sendiri betul sepanjang apa yang berlaku dalam hidup aku, betul betul berlaku di mana perempuan menganggap lelaki sebagai kawan, tetapi lelaki tersebut sebaliknya. Mereka sebenarnya tahu. Sangat tahu. Tapi lebih prefer kawan, di mana yang sakit adalah lelaki tersebut. Ini karma hidup. Dan dengan ini juga, aku rasa aku lebih ambil langkah berjaga-jaga. Putuskan apa yang telah rapat. Aku nak kawan sekadar kawan 'hoi' sahaja. Tak lebih daripada itu. Tak lebih kepada siapa boyfriend dia, tak lebih dia bergaduh dengan siapa, tak lebih dengan apa dia makan hari itu. Cuma 'hoi' friend sahaja. Cuma itu.

Tak perlu hurai, enough said.

Salam.


3 comments:

Anonymous said...

it's look like good bye...

Unknown said...

from who?

Anonymous said...

i need some time to think....hope to see you soon...take care..=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...