Saturday, November 12, 2011

Antara ikhlas dan korban....

Salam,

First of all, I just wanna say sorry for the previous post which might annoy some people. I myself can get enough of it. Semalam macam nak update banyakkkkkkkkkkkkkk benda. Nak update itu ini, special tak tarikh 11 whatsoever tuh. Tapi, ended up tulis crappy benda tuh. Sebab kena study Pharmaco la. Like 'study' la sangat. Semalam aku spent dekat 5 jam menatap buku (termasuk muka buku) atas sebab bosan melampau, sebab apa yang aku baca tak masuk. Teori osmosis aku tak menjadi :/. Macam apakah semua ni. Semalam dah la baca pasal ubat penyakit CNS atau senang cakap urat saraf dan penyakit orang gila. Psychopath tau tak? Ada psychoses, neuroses, dan segala benda lain yang aku nak ingat, tapi tak mampu ingat dan paham.

Sebab susah !!!

Tapi susah tak bererti aku nak tutup buku, buka selimut, pasang MP3 dekat woofer, pastu tido. Aku cuba jugak nak baca. At least, ada jugak something dalam kotak kepala ni. Tapi masih tak berjaya. Macam kepala ni dah dihijab untuk masukkan apa-apa. Walaupun nak suruh ingat huruf 'a' pun. So dalam tekun membaca dan mengingat (paksa jugak baca lagi), tetiba aku ternampak abah aku online skype. Terus aku video call. Mestilah nak rant mengamuk semua benda pasal Third Year ni anak dia tengah sakit bertungkus lumus.

Abah terkejut. Kenapa anak dia tak tidoq-tidoq lagi ni. Sebab kat Malaysia kan hari Sabtu cuti. So fine la. Kadang-kadang hari biasa pun aku video call abah aku dekat office. So, kalau abah tengah kerja time 8 pagi, maknanya aku 4 pagi. Ya, aku tak tido-tido lagi sebab aku tengah baca untuk test atau something subjek yang aku suka. Tapi untuk Farmako aku TAK SUKA. Jujur jujur. Tapi semalam adalah satu tindakan kamikaze aku buat. Memandangkan abah paksa aku suruh tidoq jugak, sebab dia ingat aku terlampau stress, baca pun tak masuk, better tidoq, so, aku pun urm, pergi sahaja lah tidoq.

Bukan senang aku nak menyerah like 90% macam ni ok? Inilah padahnya study ikut mood. Kalau mood tak mai, gamaknya lingkop la. Tapi Allah selamatkan aku dari bala dalam kelas tadi. So Alhamdulillah. Aku (jujur jujur) seriously kalau tak study bukan rasa tak penat. Tapi rasa bersalah dengan mak ayah aku. Macam dah disuruh anak dia belajar, tapi boleh dok buat nak taknak baca. Bersalah okeh bersalah. Sebab tuh kalau abah ngan mak kata, 'takpa' it does really mean A LOT to me. :D

Lol agak-agak macam mana kalau aku continue dengan episode artikel jiwang aku tuh? Macam ada significant value la pulak. Walaupun skrg musim winter (tiba tiba), aku rasa macam tak berapa obses sangat lagi ni. Sebab winter ni terlalu laaaa awal. Bila winter terlampau awal (like awal 1 bulan kot) mula lah rasa malas semua. Mula lah suka hibernasi dari buka buku. Macam nothing else in this world matter than your selimut. Huhu.

Cakap pasal malas, aku ada ternampak dalam blog post kawan aku, cakap pasal sukan. Dia cakap bersukan tidak lah membawa apa-apa kesan signifikan dalam kesihatan, atau mungkin lebih lagi kepada kemudaratan (injury etc). At certain point aku macam bersetuju. Macam bersetuju. Tapi, on the hand, macam sukan ni, totally untuk kesihatan ke?

Jawapan aku TAK.

Sebab, sukan bukan sekadar mengeluarkan peluh. Kalau nak keluarkan peluh, boleh sahaja kita dok bilik air menyanyi 2 jam. Masih boleh berpeluh bukan? Tapi bagi aku, bila aku main Badminton, Bola etc, apa yang aku pikir aku dapat hilangkan stress, jadi apa kita nak jadi, lepas apa kita nak lepas, interaksi dengan apa kita nak interaksi, jadikan angan-angan tuh betul (macam nak main macam Lin Dan ke (?)).

Itulah. Random pulak blog post aku kali ni. Eheh. Sila enjoy gambar hari raya qurban kat sini, atau dalam Bahasa Rusia adalah Qurban Bayram. And also few pics dari gambar autumn aku hari tuh.

Salam.


1 comment:

AlyB said...

i dont like pharmaco too! it's like sooo many drugs to remember, the effect, the untoward effects, the dose, this and that.. ><
and comell giler the cat kau pegang tu.. so gebu! :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...