Berkemungkinan malam ni dengan kaki yang penuh sakit, kepala dan tangan terasa nak bergerak. Tiba-tiba rasa tak biasa pulak tak buat assignment berjuta nak kena prepare by next week. Everyone deserves a break. Apparently, kalau break sekali memang sakit kepala den. Lecturer ganas. Tak stress, serious tak stress.
Tadi, time jalan-jalan lepas main bola dekat Ploshad Lenin dengan abang-abang 6th year (Abang Anuar, Ezu, Yadie, dan Pok We), aku mula rasa something pelik. Sangat tiba-tiba, aku terkenang saat aku kena hempuk kepala dengan tangan (and aku menangis like a girl, bukan sebab sakit, tapi sebab aku tak suka orang sentuh kepala aku, takut bodoh, walaupun time tuh memang bodoh). Teringat dulu betapa kecik-kecik kita senang terinfluence dengan sesuatu yang nampak heroic, dahsyat dan cool. Time darjah 2, aku teringin sangat nak jadi tentera. Tentera Udara TUDM. Walaupun time tu, aku Kenal sangat apa itu engineer, apa itu doktor. Apasan aku tak pilih cita-cita tuh sebab, aku.tak.suka.jadi.tipikal. Lagipun, jet memang nampak cool. Keretapi KTM lalu depan kampung aku pun aku rasa kagum, hampir tiap-tiap hari kami ke rel keretapi dulu nak lambai dekat driver keretapi dulu. Bula driver keretapi lambai dekat kitorang, it was like, he really made my day :)
Itu dulu. Time 5-6 tahun. Sampai aku masuk darjah lima. Aku mula tak paham apa aku nak jadi. All that I know that time, just nak masuk SBP. Or MRSM LANGKAWI. Tapi bila aku Form 3, aku bercita cita nak jadi nautical engineer. Seronok naik kapal, sebab duit dia memang masyuk. Aku memang pikir duit. Or maybe aku nak jadi architect. Architect sebenqrnya aku nak jadi dari zaman sekolah rendah cuma, memang macam secondary priority aku la. Sebab bila abah exposed us to a 3D program of architecture planning, and really, I was really into it. Siap dah buat plan dreamhouse. Of course la dreamhouse taraf dato', nak expect apa lagi. Tapi disebabkan aku pikir duit masyuk dan nak ADA LIFE, so aku really determine nak jadi geologist. Walaupun aku tak paham apa kejadahnya geologist tuh. Aku tau kaji pasal batu. Entah apa ada la dengan batu tu. At that time, aku memang anti-medic. Aku benci semua pasal medic, student yang nak jadi doctor, anesthesiologist la, bla bla. The point is aku benci.
Sebab? Diorang nerd takda life takda social life takda semua laaaa. Macam freaking loser la. See, somehow, Allah chosen me, to be in this path, once that I thought the most jijikest field. I am a doctor to be. Tapi kepala aku masih engineering. Tapi aku apply engineering dalam medic. How? Macam macam la. I'm studying medicine like engineering. Formula, facts, calculation (yes I do). Somehow I think I am weirdo compared to others, here. The fact that people said that I am so hardworking, rajin and stuffs, are not fully that what I gave, like not-that-all-out.
Cita-cita kita mungkin berubah, cita-cita Allah tidak. Allah cakap, nasib sesuatu ummat tidak akan berubah, kalau dia sendiri tidak mengubahnya. Frasa common macam Allah tahu apa yang terbaik untuk kita, bukanlah sekadar frasa ringan kecik yang boleh ditutur. Berat maksud dia, berat amali dia.
Hari ni aku nak tunjuk rumah aku. Ini adalah selepas few research pasal home decor and architecture designs dalam apps aku. Aku punya dreamhouse bukanlah jenis petak petak. Circular.
Aku malas nak rotate picture sebab aku type guna iPad. So susah waduh.
P.s: rumah besar tak menjamin kebahagiaan. Mahupun keselesaan. Aku suka rumah ni sebagai satu kepuasan. Tak hingin sangat pun nak stay. Ustaz aku pernah cakap, rumah lagi besar lagi miskin, lagi tak selamat. Kes selamat tak selamat tuh aku paham la like attractant untuk robbery, so yeah. Part miskin, aku agak pending bila ustaz cakap. Rupanya, bila raya, rumah ni la akan jadi sasaran bebudak. Rumah besar kena kasi duit besar, sebab rumah kecik pun bagi seringgit, apatah lagi rumah besar.
Salam.
Piau (kucing penulis) kirim salam
Location:ул. Чапаева,Volgograd,Russia
1 comment:
each person hav their own opinion.
hope yr dream come true. Allah's bless you brother!
Post a Comment