Monday, May 23, 2011

penat

assalamulaikum...

wah, sudah penat gamaknya badan aku ni. belum lagi ditorture untuk final exam tapi penatnya melebih-lebih. risau pulak ada pathogenesis yang berlaku dalam badan aku. namun begitu, paham sahajalah, selalunya tidur lambat sejak kebelakangan ni, kelas pulak awal-awal, and lama-lama. sakit lah macam ni kan. tapi nak buat macam mana, perjuangan (?) selaku seorang pelajar haruslah ditempuhi sekian hari. sakit lah macam ni, malas punya penyakit membuak buak, tapi ubatnya hanyalah satu paksaan, entah placebo entah tidak. 

teringat pulak semalam aku merepek jeeeeeee dengan kawan aku tuh. Dia punya impian. Baik punya, bukan beli kete labhoghini spider merah (hehehehe) tapi, impian untuk memenangi Anugerah Nobel. Fulamak kan, bukan senang satu paperwork or research untuk mendapat anugerah tersebut tuh. Idea senang jee: Buat pil untuk ubati malas. Fuh, punyalah merepek kan. NI gara-gara dulu la, zaman kite-kite kat sekolah dulu. Mak ayah (kecuali aku) selalu beli pil supplement untuk anak-anak diorang. Kononnya untuk kasi minda tajam, cerdas, insya-Allah. tapi, berkesan ke tak?

tiada benda dapat menjadi jalan pintas. makan pil jadi pandai takkan berlaku. Semua orang memerlukan usaha untuk mencap matlamat yang diingini. perlu banyak atau sikit, inilah soalnya. kekadang rasa macam ketidakadilan Tuhan, orang tuh senang pulak dapat markah itu ini, kita ni ha berhempus pulas minum nescafe minum nescafe campur dadah, minum air dadah terus pun ada, tak pulak dapat result tuh kan. Haish apa Tuhan aku nak ni? Tak adil lagi ke terhadap aku?

Episod Kegemilangan

   Aspek usaha sebenarnya paling dititikberatkan dalam agama, iaitu Islam. kalau jumpa muslim yang taktau nak berusaha, enjoy 24 jam, dia bukan mukmin, cumalah muslim (Islam atas nama). aku bukan apa, aku sendiri dah penat sepanjang beberapa tahun (13-14 tahun) aku belajar, aku tak pernah mendapat terbaik, tak pernah pulak dapat sesuatu yang aku ingini. usaha aku seolah-olah tidak cukup untuk berlawan dengan orang lain. tapi, pengakhirannya, aku nampak sesuatu. 

"jalan setapak ke hadapan lagi, di belakang ada 1000 tapak sudah aku lalui"

   bukan semudah itu untuk mencapai ke tahap ini. walaupun tahap ini tak lah setinggi mana, tapi masih, aku sudah jauh. perkataan 'penat' inipun dah tendang aku melelong jauh ke sini, apa lagi yang aku mahu penatkan? berhenti? tidak, kerana momentum dan synergy sudah berada di bawak tarsus-metatarsus-phalanges kedua-dua pes (latin: kaki) aku. 

exam tinggal beberapa minggu lagi. ya, aku tahu aku bodoh, aku tahu orang lain pandai, aku tahu ada 2-3 masalah dalam berdepan orang pandai, aku tahu yang aku sememangnya kosong. SEMUA AKU TAHU. tapi, tidakkah menggali ilmu itu berjihad? fi sabilillah lagi tuh. walaupun disegenap cerebralis aku cumalah cortex-cortex yang diam tiada renjatan, meh kali ni aku kasi renjatan untuk kau para tentera cortex-7-petala-lapisan di district occipitalis, di district temporalis, di district pre-centralis. KITA HARUS BEKERJA DEMI APA YANG KITA MAHU !!!!!!!

JOM!!!!



Salam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...