Monday, May 2, 2011

Of Melayu and Future

Salam,
Memandangkan dua hari rasanya tidak berblog, jadi ni akan jadi entri yang agak besar dan agak progresif sedikit. Mungkin. Tapi, beberapa update tentang apa yang sedang berlaku sekarang.

1. Osana Bin Laden meninggal dunia. Sebuah karakter rekaan US yang sudah lama minda Muslim nyahbuangkan dari minda masing-masing.
2. Semalam tidak berblog sebab pergi ke usrah mega bersama senior dan junior lain bertempat di rumah Syukri. Komen: superb. Ada intipati yang jelas, cuma perlu kurangkan sikit semangat 'hijau' tuh. Nak dakwah ke nak berpolitik? Tapi seriously, adalah sangay seronok.
3. Berjaya memujuk Suffian untuk turun exercise petang tadi untuk bermain badminton. See, badminton adalah fleksibel dan sukan yang ringan lagi seronok untuk semua.
4. Dan terselouh kaki sampai tak boleh tidur sekarang, so blog lah untuk mengantukkan diri ni.
5. Menjadi hantu kasut sebab banyak sangat kasut dekat rumah ni. Apa nak jadi ni?

Salam sekali lagi.

Aku mengaku aku memang orang Melayu. Seorang orang Melayu yang sangat tipikal. Muka, rambut, cara percakapan, ketidakfasihan dalam bertutur dalam bahasa Inggeris. Namun kesemua ini secara umumnya semakin berbeza antara individu, mungkin ada gunanya juga Teori Darwin mengenai evolusi manusia, sebab banyak sangat pulak orang Melayu berkacuk-kacuk sekarang, atau modernnya dikenali sebagai Pan-Asia. Physically, ya kita berbeza secara generalnya.

Namun ada satu gene dalam diri kita yang mengalir ke bawah atau downstream dari satu keturunan ke satu keturunan. Aku mengaku aku ada, kenapa tidak anda? Sifat atau perangai konpetitif tidak sihat. Pada mulanya, time aku dekat bangku sekolah rendah dulu, perasaan ingin-jadi-terbaik la memajukan diri. Sampai ke sekolah menengah pun. Prinsip? Mengenepikan orang lain, usaha diri sendiri sudah; Orang minta tolong, bukan kita offer pertolongan. Itulah senario yang aku nampak sewaktu di sekolah dulu. Masing-masing bersaing. Nak berjaya la katakan. Aku buat jugak, tak perlu nak tunding-tunding jari.

Persoalannya: Sampai bila?

Secara intrinsic, sebenarnya ini juga adalah kategori 'hasad dengki' yang nampak macam baik pada normanya. Tapi, hakikatnya sampai bila? Sampai dah bekerja? Ada anak bini? Sampai dapat bolot 97% harta kekayaan dunia? Aku bukan nak pandai berkata-kata, cuma menyatakan satu pendapat yang dapat merubah sistem sosiologi komuniti Melayu. Bukan orang lain, bangsa aku juga. Memajukan bangsa sendiri adalah bukan racism. Jadi, cukup-cukuplah semangat 'persaingan sihat' kita tuh. Kita semua bakal doktor, Islam lagi tuh, yet mana kontribusi kita? Alasan kecil: Macam mana nak ada kontribusi kalau masing-masing buat nota, ada ilmu tambahan tapi masing-masing simpan dalam diari masing-masing? Sepaling ikhlas yang aku nampak, sebar-sebar dalam group sendiri. Hilang mana semangat Islam kau semua? Bukan ke kau semua yang bersemangat hal-hal bina masjid? Masjid memang keutamaan, tapi bagaimana pula denga other side kau semua bila tiada satu pun inisiatif untuk menghidupkan suasana khalifah dulu yakni dengan membina Baitul Hikmah kita sendiri di sini?

Apa kesan kau tinggal di sini?
Bina Masjid?
Yet bukan Muslim still memandang kita sebagai orang Islam hanya tau beragama tapi sentimen dunia tiada. Or mungkin orang Islam hanya melabel dunia adalah sekadar minum arak, wanita cantik, fesyen show Rosmah, Grammy Award dan Illuminati?

Menjadi seorang Muslim, sepanjang yang aku lihat tiada lagi golongan agama-agama cuba mempelbagaikan usaha berkenaan pengembangan ilmu-ilmu sains. Mana hilangnya tafsir kita?

Pernah aku tertanya-tanya semalam mengenai persoalan dalam mega usrah: Apakah sebaik-baik ilmu?
Jawapan tepat yang diberikan oleh speaker: ilmu keagamaan.

Benarkah tepat?
Memandangkan begitu ramai, tambah pula dengan ilmu agama dalam diri ini tak sampai 0.0000001%, lebih baik aku berdiam diri. Cuma aku mempersoalkan, benarkah agama semata-mata? Bagi aku sebaik-baik ilmu adalah segala ilmu yang saintifik ditambah pula dengan ilmu agama yakni ilmu yang mendekatkan diri kepada Tuhan. Itulah sebaik-baik ilmu. Bukan percaya Tuhan buta-buta.

Sebab itulah aku tak pernah hairan, yet amat kecewa bila orang alimi dalam hal-hal agama khusunya di Malaysia kerap kali mengeluarkan statement seperti "Lihatlah pokok, bintang, lautan yang Allah ciptakan, betapa hebatnya kuasa Maha Agung". Mana unsur menyeru kita mengkaji kesemua perkara ini? Tak hairanlah kalau kesemua ilmu ini jatuh ke tangan orang bukan Islam. Sebab Islam yang aku lihat sekarang lebih kepada kepercayaan total buta-buta, bukan sifat inkuiri untuk mengenal siapa Allah pada perspektif yang mendalam.

Renungkanlah Hafidz!

Salam.

P/s: terima kasih untuk slah seorang commentator dalam blog ini yang kasi link ceramah Nouman Ali Khan: Ego and Islam. Ceramah yang sangat sangat berguna.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...