Monday, April 4, 2011

Updating kejap...

Salam.

Memandangkan minggu ni aku agak rileks, maybe sebab semua nota dah siap and tunggu nak baca depan cikgu je, so aku rasa aku boleh blogging kejap. kot.

esok ada lecture, lepas tu ada history medicine, slides semua dah siap, just get ready untuk baca depan die la. anyway, dia paham ke kalau aku cakap pun? -.-". lusa rabu, of course aku tak prepare sebab aku sangat tau nasib aku hari tuh aku akan bad mood sepanjang hari. selamat ada latihan ping pong petang tuh, so aku dapat lepas geram. =)

aku ada banyak perkara yang aku teringin sangat. so esok aku nak cari salah satu benda yang aku teringin sangat tanpa amek kesah harga dia. bila lagi kan nak merasa?

iPod Shuffle
mula-mula aku nak iPod Shuffle. bukan apa, dalam iPhone aku pun ada iPod jugak, but bukan tahan lama pun kalau aku nak pegi moscow. pegi moscow naik bas ye adik2. lagi jauh dari bukit kayu hitam ke johor. serious. tapi, pikir-pikir balik, tak berbaloi sebab aku pakai untuk short term je. macam obses awal2 je, lama2 aku buang tepi. -.-". dah la mahal.

kasut yonex.
kedua aku nak kasut baru, tapi sini macam takde je kasut nike or yonex. kenapa tak adidas?? adidas sini cheap bak kata pian sebab ramai sangat la orang pakai, dah rasa sangat bangang pulak pakai adidas. betul. sebab tu aku prefer nike, tapi nike sini takde design cantik-cantik, so frust sikit di situ. yonex ada, tapi entah ada size ke tak. lagi pun better aku beli dekat malaysia dari aku beli kat sini. kasut yonex memang nampak cam biase2. skrg yang aku pakai pun mahal la jugak, around 150, tapi the truth is aku memang sah sah dah tau kasut aku pakai skrg tak ori, starting on the day aku beli lagi time kat pertama kompeks tuh. tapi entah aku beli je. -.-". dulu aku pernah beli yang ori sekali, harga around 50-70 cam tuh, murah bagi standard kasut yang macam tuh. jujur aku cakap, feel die omaigod sangat lain, impact dia time jumping time landing semue perfect. and aku tau cara nak detect originality dia. semua tengok kat tapak kasut je ingat tauke cina boleh tipu aku? aku beli pun sebab ko dah takde yang ori tau?!

nanospeed, one day aku beli jugak kau. biar la tak ori pun.
ketiga aku nak badminton raket yang baru. ini memang sadis sebab sini takde kedai badminton, sangat frust sangat okey? aku selalunya every year at least 1 or 2 raket kene beli. bukan sebab hebat sangat pun, tapi sesaje hobby, daripada duit aku habes kat makanan kan? tapi memandangkan kat sini takde kedai, so makanan jugak tempat aku buang duit. -.-". sepanjang hidup aku tak penah lagi ada orang kasi raket dekat aku, selain mak aku and ayah aku. haha. tapi inilah benda yang aku palign happy kalau aku dapat pun, tak perlu harga raket yang 500-900 pun, yang murah 150 ringgit pun dah cukup. eh 150 ringgit dapat 2 pun aku on je. sebab bila dah nama raket, aku rasa pukul macam mana pun sedap. nanti2 la kalau aku jadi doctor aku boleh beli yang mahal sikit pun. alan, orang paling terer volgo pun pakai 2 raket. aku skrg ni kat tangan ada 6 bijik raket. semuanya aku tak pasti secure ke tak bila masa nak putus tali. aku 1 kali sebulan konfem putus tali. sebab aku kaki smash. -.-'

keempat aku teringin nak berjumpa atlet kesayangan aku, lee chong wei ke, misbun ke, sape2 je yang main badminton, asalkan aku kenal. tapi setakat ni rezeki aku tak sampai-sampai lagi. lepas spm kene masuk intek, bila masuk intek terbuka malaysia buat time hari kelas, and cuti. sah sah la aku balik rumah. datang rusia mana  ada badminton open kan. okeh sadis. next year iA olimpik london, akan kutemu mereka jua !!!!

okeh chow aku nak buat nota microbes. salam.

1 comment:

Khadijah Iderus said...

bgi la kt aku satu weh, bnyak gile smpai 6. bukan boleh bwk masuk kubur pon.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...